Siapa Menang? Pelari 'vs' Jet Tempur!

Diterbitkan: Rabu, 19 Julai 2017 1:45 PM

(Ubah saiz teks)

SATU rakaman video pendek menunjukkan seorang atlet bertanding dengan jet tempur, dan keputusannya sangat mengejutkan!

Atlet pelari pecut China, Zhang Peimeng telah memecah rekod peribadi terbaik iaitu 20.47 saat untuk larian 200 meter- tetapi ini adalah kali pertama dia berdepan lawan yang sangat berbeza iaitu sebuah jet tempur milik tentera.

Aksi mendebarkan itu pada awalnya bermula dengan menunjukkan pelari pecut tersebut memanaskan badan terlebih dahulu sebelum bersedia di dalam posisi untuk memulakan larian.

Sementara itu, juruterbang jet itu bersiap sedia memanaskan enjin untuk memecut pada kelajuan yang tinggi.

Zhang bersedia untuk berlari semasa pihak terlibat mengibarkan bendera sebelum melepaskan satu tembakan ke udara sebagai tanda pertandingan larian pecutan 50 meter itu bermula.

Atlet itu memecut selaju yang mungkin tanpa melihat kelajuan jet yang bergerak laju di sebelah kanannya.

Namun, juruterbang itu tidak dapat menahan diri daripada memerhatikan larian Zhang, yang pernah mencipta sejarah dengan memecahkan rekod China dengan larian 100 meter dalam masa  tempoh10 saat.

Di akhir perlawanan hangat itu, kelajuan mereka kelihatan setara dan seolah-olah berakhir dengan keputusan seri tetapi, pelari pecut itu terlebih dahulu tiba di garisan penamat, sekali gus menewaskan pesawat tentera tersebut.

Video itu ditonton ribu kali dan aksi Zhang mendapat pujian melambung daripada pengguna Internet yang menyifatkan pelari itu mempunyai 'tenaga yang luar biasa'. - MAIL ONLINE

Tags / Kata Kunci: Zhang Peimeng

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan