Kembar Pasrah Perlahan-Lahan Bertukar Jadi 'Batu'

Diterbitkan: Selasa, 18 Julai 2017 5:10 PM

(Ubah saiz teks)

DUBLIN: Sekali pandang, anda melihat dua wanita yang sihat tanpa sebarang masalah kesihatan.

Tetapi sebenarnya dua beradik itu, Zoe Buxton dan Lucy Fretwell, 26, menghidapi penyakit genetik ganjil yang hanya dihidap 800 orang di seluruh dunia iaitu fibrodisplasia osifikans progresiva (FOP).

Penyakit itu menyebabkan otot tisu dan urat digantikan dengan tulang, serta mengurangkan pergerakan.

Zoe dan Lucy, dari County Antrim, Ireland Utara, menghidap penyakit itu pada usia yang muda selepas mereka dilahirkan dengan gumpalan kecil tulang di jari kaki mereka, satu daripada tanda biasa FOP, tetapi ketika itu, doktor tidak menyedari hal itu.

Zoe, seorang blogger fesyen berkata, dia pernah patah siku pada usia lima tahun akibat terjatuh daripada sofa.

"Keluarga saya ketika itu menyangka ia adalah kecederaan biasa tetapi apabila balutan dibuka, saya tidak dapat meluruskan lengan walaupun saya cuba tetapi ia sangat menyakitkan.

“Kami tidak tahu ketika itu bahawa tulang yang muncul di sendi adalah kerana penyakit FOP," katanya. 

Dia telah diperiksa bersama Lucy yang berusia lapan tahun ketika itu, tetapi ibu bapa mereka merahsiakan penyakit itu dari mereka.

Lucy terjatuh di sekolah semasa berusia 11 tahun dan cedera di belakang lehernya. Pertumbuhan tulang telah menyebabkan dia tidak boleh mengangkat lengannya ke atas kepala.

Pada tahun yang sama, kaki Zoe patah selepas jatuh dari skuter dan tidak boleh meluruskan kaki.

Penyakit FOP boleh menjadi lebih teruk, dan pergerakan badan mereka boleh perlahan-lahan berkurangan sehingga mereka tidak boleh bergerak lagi.

Zoe terpaksa menggunakan tongkat untuk berjalan, tetapi kadang-kadang memerlukan kerusi roda untuk perjalanan yang jauh dari rumah. 

Dia bersemangat untuk membina keluarga bersama suaminya, Mike Buxton, 29, tetapi terdapat 50 peratus risiko bahawa dia akan mewarisi penyakit FOP pada anaknya.

Lucy ingin mengambil anak angkat bersama tunangnya, Michael Smyth, 27, kerana sangat berisiko untuk mempunyai anak sendiri.

Lucy dan Zoe sedang menjalani rawatan di London untuk mencuba ubat baharu yang mungkin boleh merawat penyakit mereka.

Setakat ini, pertumbuhan tulang sudah tidak berlaku lagi.

“Ia masih awal dan kecederaan kami tidak dapat pulih kepada asal. Tetapi, kami yakin dengan masa depan kami, dan kami enggan membiarkan penyakit ini menghalang kami menikmati kehidupan sepenuhnya,” kata Zoe.

Lucy berkata, dia berasa bersalah kerana dia lebih sihat dan boleh bergerak berbanding Zoe.

“Kami sentiasa menyokong satu sama lain dan menyertai satu kumpulan untuk bertemu dengan penghidap FOP yang lain.

“Kami gembira meluangkan masa dengan mereka kerana masing-masing memahami kesukaran yang dihadapi.

“Saya dan Zoe akan sentiasa ada untuk satu sama lain, dan kami tidak akan benarkan penyakit ini menghalang kami," katanya. - Metro.uk

Tags / Kata Kunci: Penyakit Ganjil FOP

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan