MH17: Memorial Untuk Mangsa Di Amsterdam

Diterbitkan: Isnin, 17 Julai 2017 2:12 PM

Gambar Raja Belanda Willem-Alexander dan Permaisuri Maxima selepas pelantikan rasmi di Amsterdam pada 2013. - Getty Images

(Ubah saiz teks)

LEBIH 2,000 waris mangsa nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 berhimpun di Belanda untuk memperingati ahli keluarga yang terkorban sempena ulang tahun ketiga tragedi tersebut berlaku.

MH17 ditembak jatuh pada 17 Julai 2014 menggunakan peluru misil ketika melalui ruang udara zon konflik di Ukraine.

Raja Belanda Willem-Alexander dan Permaisuri Maxima pada Isnin mencemar duli untuk bersama-sama dengan pegawai rasmi pelbagai negara pada satu majlis untuk mendedikasikan memorial dalam Taman Vijfhuizen dekat Lapangan Terbang Schiphol, Amsterdam.

Menurul laporan Radio Free Europe Radio Liberty, anggota keluarga akan membaca nama 298 penumpang dan kru penerbangan yang terbunuh dalam nahas itu.

Dua orang waris mangsa nahas MH17 menanam pokok di memorial dalam Taman Vijfhuizen.

Terdapat 17 kerakyatan yang terlibat, kebanyakan mereka adalah Belanda dan sebahagian lain merupakan rakyat Australia, Britain, Malaysia dan Indonesia.

Sebanyak 298 pokok telah ditanam bersama riben hijau yang setiap satu mewakili mangsa yang terkorban dalam perjalanan ke Kuala Lumpur.

Penganjur berkata, pokok-pokok itu akan dikelilingi oleh bunga matahari yang akan mekar pada Julai dan "memancarkan sinar keemasan" di tapak tersebut.

Penyiasat Belanda menyimpulkan pada 2015 bahawa pesawat tersebut ditembak oleh peluru misil buatan Rusia di wilayah timur Ukraine yang dikuasai oleh puak pemisah Rusia.

Tags / Kata Kunci: MH17

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan