Suami Dengar Saat Isteri Ditikam Melalui Telefon

Diterbitkan: Isnin, 17 Julai 2017 6:11 PM

(Ubah saiz teks)

SUAMI Nikki Cross melalui detik mencemaskan apabila telah mendengar saat akhir kematian isterinya yang ditikam melalui telefon.

Daniel Cross berada lebih 120 kilometer dari rumah kerana urusan perniagaan apabila dihubungi isterinya dalam keadaan panik.

Ketika itu, Marcin Porczynski cuba untuk memecah masuk rumah mereka di Hemel Hempstead, Hertfordshire, dimana mangsa berada bersama dua anak kecilnya.

“Saya cuba untuk bercakap dengan Nikki menggunakan telefon hotel dan cuba menghubungi polis, Nikki menangis dan cuba menenangkan lelaki itu. Saya dengar lelaki itu berkata:"Biar saya tolong, awak tidak perlu buat begini,” kata Daniel kepada The Sun.

“Kemudian Nikki menjerit dan terus merayu kepada lelaki itu sebelum akhirnya dia diam.”

Dia kemudian mendengar anaknya yang berusia lima tahun, Stanley menangis di sebelah mangsa dan merayu supaya ibunya bangun.

Porczynski, seorang  penghidap skizofrenia paranoid  mengaku telah melakukan pembunuhan, telah ditahan tahun lepas. Suspek kemudiannya cuba menculik dua anak pasangan itu, Stanley dan Isabella yang berusia 3 tahun ketika itu.

Mahkamah memaklumkan, lelaki berusia 25 tahun itu telah memecah masuk ke rumah keluarga Cross pada September 2015 selepas mendengar ‘suara-suara’ yang memberitahunya ada kanak-kanak dibiarkan kebuluran di rumah itu.

Sebelum ini, dia merayau-rayau di kawasan kejiranan, mengetuk pintu dan bertanya jika terdapat kanak-kanak di dalam dan juga pernah berada di kawasan rumah Cross, memukul kereta mereka dan menekapkan muka di tingkap.

Ini menyebabkan Nikki menghubungi polis dan menghantar mesej kepada suaminya. Bagaimanapun, selepas ditahan polis terpaksa melepaskan Porczynski.

Polis tiba di rumah mereka dan menjumpai Stanley dan Isabella di hujung tangga sebelum salah seorang daripada mereka memberitahu polis, “Dia cederakan ibu dengan parah.”

Ketika itu, suspek masih berada di dalam rumah keluarga Cross itu.

“Walaupun saya sudah putus harapan dan pernah berniat untuk bunuh diri kerana kematian isteri, namun saya perlu kuatkan semangat kerana anak-anak memerlukan saya.” kata Daniel.- Mirror

Tags / Kata Kunci: Nikki Cross , Hertfordshire

iklan

Video

Selasa, 25 Julai 2017 3:00 PM

Aaron Abdul Iras Sudirman?

Selasa, 25 Julai 2017 12:00 PM

Eyka Farhana Diusik Minta Nombor Telefon

Selasa, 25 Julai 2017 9:00 AM

Tauke Jambu Tak Sabar Naik Pelamin

Isnin, 24 Julai 2017 12:03 PM

Lantaklah! Ahya Memang Suka Tayang Badan

Isnin, 24 Julai 2017 9:00 AM

#BiziBody: Risteena Dah Nak Kahwin?

Jumaat, 21 Julai 2017 3:00 PM

Nadzmi Adhwa Bolot Semua 'Job'

Jumaat, 21 Julai 2017 11:09 AM

Lagak Lelaki Ini Seperti…

Jumaat, 21 Julai 2017 9:00 AM

#akuStar: iR Radzi - Cinta Terakhir

Kolumnis

iklan

Iklan