Wanita Dipukul Kerana Lahirkan Anak Perempuan

Diterbitkan: Isnin, 17 Julai 2017 5:28 PM

(Ubah saiz teks)

SEORANG wanita berdepan detik penuh tragis apabila dipukul ahli keluarga mertuanya hanya kerana melahirkan anak perempuan.

Laporan tempatan di Katalwi, Punjab, menunjukkan Meena Kashyap, 35, juga dipukul berhubung pertikaian mas kahwin.

Insiden yang dirakam itu menunjukkan dia menjerit kesakitan ketika dipukul dengan kayu hoki oleh dua lelaki yang merupakan abang ipar dan rakan lelaki itu.

Keluarga suaminya juga mendapat tahu dia membuat aduan mengenai layanan mereka terhadapnya yang disifatkan kasar pada April lalu.

Meena dikatakan mempertikaikan mas kahwin sebanyak 700,000 rupee (RM46,554) yang diberikan keluarga mertua, tetapi apabila dia melahirkan anak perempuan, keluarga suaminya berang.

Susulan kejadian itu, polis dijangka mendakwa suaminya, Daljit Singh, abangnya Kamaljeet, dan rakan abangnya yang hanya dikenali sebagai Gaurav.

Dakwaan itu termasuk menceroboh dan mencederakan dengan sengaja.

Menurut ayah Meena, mereka telah mengadu tentang isu sama tahun lepas, tetapi tiada sebarang tindakan susulan.

Mereka telah dua tahun berkahwin dan mempunyai seorang anak perempuan.

Tags / Kata Kunci: Katalwi , Meena Kashyap

iklan

Video

Khamis, 20 Julai 2017 3:30 PM

Luahan Ezlynn Beraya Tanpa Zuriat

Khamis, 20 Julai 2017 12:30 PM

Diana Muntah, Mabuk Teruk - Zamarul

Rabu, 19 Julai 2017 5:00 PM

Sauk Jangan Tak Sauk...

Rabu, 19 Julai 2017 3:27 PM

Beraksi 'Ghairah'? OK Je Kalau...

Rabu, 19 Julai 2017 1:20 PM

Ulat Buku Naik Superbike

Rabu, 19 Julai 2017 1:01 PM

Brader... Itu Pun Nak Curi Ke?

Rabu, 19 Julai 2017 12:27 PM

Aaron Aziz 'Buru' Mak Datin Kaya?

Rabu, 19 Julai 2017 7:00 AM

Shah Rukh Khan Kongsi Tips Mengurat Gadis!

Selasa, 18 Julai 2017 3:00 PM

Waris Ada Kembar?

Kolumnis

iklan

Iklan