Tiga Banduan Maut, 10 Lolos

Diterbitkan: Isnin, 17 Julai 2017 9:44 AM

Pasukan keselamatan menjalankan pemeriksaan dan kawalan ketat di sekitar negara itu susulan kejadian banduan melarikan diri dari penjara di selatan Filipina.

(Ubah saiz teks)

MANILA: Sekurang-kurangnya tiga banduan terbunuh, manakala 10 lagi melarikan diri dari penjara di sebuah pulau di selatan Filipina, pada Ahad.

Pengarah Polis Daerah, Reuben Theodore Sindac memberitahu, tahanan di pulau Jolo, terletak kira-kira 1,000 kilometer di selatan Manila bertindak memotong logam sel mereka dan melompat dari tingkat dua bangunan tersebut.

"Seorang banduan cedera, manakala tiga banduan terbunuh ketika pihak polis cuba menangkap mereka. Ketiga-tiga mangsa ditahan berkaitan dadah.

"Polis dan tentera kini giat memburu kesemua tahanan yang lolos.

"Enam daripada mereka disyaki anggota kumpulan militan Abu Sayyaf dan menghadapi tuduhan memiliki senjata api serta bahan letupan yang menyalahi undang-undang," jelasnya.

Sementara itu, Ketua Polis Wilayah, Superintendan Mario Buyuccan berkata, insiden berkenaan tiada hubungan dengan pertempuran antara tentera dan militan di bandar Marawi.

Difahamkan, penjara balai polis itu mempunyai 32 banduan yang kebanyakannya pengedar dadah.

Tags / Kata Kunci: Jolo , Reuben , Abu Sayyaf

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan