Ulang-Alik Ke Tempat Kerja Naiki Pesawat

Diterbitkan: Ahad, 16 Julai 2017 11:10 AM

(Ubah saiz teks)

JIKA anda merupakan seorang yang sering mengeluh tentang perjalanan ke tempat kerja pada setiap hari, kisah lelaki Amerika Syarikat ini mungkin membuatkan anda berasa sedikit lega.

Curt von Badinski, seorang jurutera mekanikal di sebuah syarikat yang beribu pejabat di San Francisco, terpaksa bangkit pukul 5 setiap hari dan memandu selama 15 minit ke Lapangan Terbang Bob Hope Burbank untuk menaiki pesawat ke tempat kerjanya.

Ini kerana Badinski menetap di Los Angeles dan perlu menaiki penerbangan selama 90 minit ke Oakland, sebuah bandar yang terletak kira-kira 568 kilometer di barat daya Los Angeles.

Ketibanya di Lapangan Terbang Oakland, Badinski masih perlu memandu kereta menuju ke ibu pejabat syarikatnya di San Francisco.

Kebiasaannya, dia akan tiba kira-kira pukul 8.30 pagi dan tepat pukul 5 petang dia perlu kembali ke lapangan terbang untuk menaiki pesawat menuju pulang ke Los Angeles.

Selalunya, Badinski akan tiba di rumah kira-kira pukul 9 malam dan itu adalah rutin hariannya.

"Apabila saya memberitahu orang lain bahawa saya berulang-alik ke San Francisco pada setiap hari, tiga soalan pasti akan muncul.

"Setiap hari? Setiap hari? Setiap hari?," katanya kepada BBC Capital.

"Mereka berasa keliru dan tidak percaya bahawa itu yang dilakukan oleh saya pada setiap hari," tambahnya.

Syarikat Badinski pada asalnya diasaskan di Los Angeles tetapi berpindah ke San Francisco atas sebab tertentu.

Keadaan itu memaksa Bandinski mengambil keputusan untuk terus menetap di Los Angeles kerana tidak mahu meninggalkan keluarganya dan sanggup berulang-alik ke San Francisco.

"Tempoh perjalanan ulang-alik selama enam jam sudah sebati dengan diri saya," katanya.

Secara puratanya, Badinski membayar AS$2,300 sebulan untuk tiket penerbangan tanpa had bagi penerbangan pesawat satu enjin yang dikongsi bersama 8 penumpang lain. - ODDITY CENTRAL





Tags / Kata Kunci: Curt von Badinski

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan