Wanita Tidak Sedar Pakai 27 Kanta Lekap - Berita Dunia | mStar

Wanita Tidak Sedar Pakai 27 Kanta Lekap

Diterbitkan: Ahad, 16 Julai 2017 11:58 AM

ANTARA 27 kanta lekap yang dikeluarkan oleh pakar bedah Hospital Solihull.

(Ubah saiz teks)

SEORANG wanita England terkejut besar selepas dimaklumkan doktor dia memakai 27 kanta lekap ketika melakukan pemeriksaan mata.

Penemuan itu didedahkan oleh pakar bedah mata, Rupal Morjaria ketika wanita yang dirahsiakan namanya itu melakukan pemeriksaan di Hospital Solihull.

Menurut Morjaria, kanta lepak tersebut ditemukan pada mata pesakit yang dijadualkan menjalani ujian pembedahan katarak.

"Saya tidak pernah melihat perkara sebegini.

"Jumlah kanta lekap itu sangat banyak dan ianya melekat sekali gus.

"Kami amat terkejut kerana pesakit terbabit tidak menyedari dirinya memakai 27 kanta lekap," katanya.

Pembedahan katarak itu terpaksa ditangguhkan ekoran risiko tertentu yang boleh membahayakan penglihatan pesakit tersebut.

"Pesakit mungkin memakai kanta lekap buat tempoh yang lama dan tidak menyedarinya.

"Pemakai kanta lekap perlu melakukan pemeriksaan rutin bagi mengelakkan kes sebegini.

"Kanta lekap kini boleh dibeli secara dalam talian, tetapi jika tidak dipantau dengan baik, anda mungkin boleh kehilangan daya penglihatan," katanya. - Mirror.uk



Tags / Kata Kunci: Kanta Lekap
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan