Awas, Virus Kematian Mr Bean!

Diterbitkan: Sabtu, 15 Julai 2017 5:02 PM

(Ubah saiz teks)

BERITA palsu kematian tentang pelawak terkenal Britain, Rowan Atkinson atau lebih dikenali sebagai Mr Bean kini tersebar luas dalam laman sosial.

Maklumat salah itu mendakwa, Mr Bean meninggal dunia dalam satu kejadian kemalangan di Los Angeles dan dikongsi dalam laman sosial Facebook serta Twitter.

Namun berita itu yang didakwa disebarkan oleh Fox News, merupakan maklumat palsu yang mempunyai kaitan dengan laman web scam yang boleh menyebabkan komputer anda dijangkiti virus.

Tajuk berita itu berbunyi, “FOX BREAKING NEWS: ‘Mr. Bean (Rowan Atkinson)’ died at 62 After Crashing his Car on Attempt perfecting a Stunt - Today July, 2017”.

Jika anda melihat berita itu dikongsi pada akaun anda, jangan klik kerana ia boleh menyebabkan komputer anda dijangkiti virus.

Virus berkenaan akan mendakwa komputer anda telah disekat dan perlu memasukkan beberapa nombor bagi memulihkan keadaan.

Malah satu nombor akan disediakan untuk memudahkan anda meminta bantuan menerusi panggilan telefon.

Pakar laman web palsu, Hoax Slayer menasihati orang ramai agar tidak menghubungi nombor tersebut.

"Pihak penjenayah siber akan cuba mendapatkan nombor kredit kad anda sebagai upah membaiki komputer anda.

"Selain itu, mereka juga akan cuba memperdaya anda memasang beberapa perisian yang boleh menyebabkan fail sulit kompter anda dicuri," jelas Hoax Slayer. - Chronicle Live

Tags / Kata Kunci: Mr Bean , Jenayah Siber

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan