Pecat Saja Anak, Menantu Trump!

Diterbitkan: Sabtu, 15 Julai 2017 2:38 PM

(Ubah saiz teks)

NEW YORK: Seorang ahli Kongres Amerika Syarikat (AS), menyarankan kepada Presiden Donald Trump untuk memecat anak perempuannya, Ivanka dan menantunya, Jared Kushner daripada terus memegang jawatan dalam White House.

Saranan itu disuarakan oleh ahli Kongres dari Texas, Bill Flores yang juga merupakan anggota Parti Republikan, susulan kebimbangan terhadap pengaruh keluarga Presiden Trump dalam kerajaan.

Sebelum beliau menjadi Presiden, Trump amat dikenali dengan tindakan memberi peranan penting syarikat kepada anak-anaknya.

Namun amalannya itu dilihat memberi masalah kepada Trump bermula pada kempen pilihan raya Presiden tahun lalu dan kini berlarutan dalam soal pengurusan kerajaan.

Anak lelaki sulung Trump, Donald Trump Jr baru-baru ini dikecam teruk selepas didapati mengadakan pertemua dengan seorang peguam yang mempunyai hubungan dengan kerajaan Rusia.

Berdasarkan satu pendedahan, Trump Jr menerima dokumen rasmi dan maklumat yang akan membantu bapanya memenangi kempen pilihan raya ketika menentang Hillary Clinton.

Trump bagaimanapun memuji tindakan anaknya kerana bersikap telus mengakui perbuatan itu tetapi Parti Republikan enggan menerima baik perkara tersebut.

"Saya perlu berkata jujur bahawa Presiden perlu memecat semua anak-anaknya daripada memainkan peranan dalam White House.

"Bukan sahaja Trump Jr, tetapi Ivanka dan suaminya, Jared Kushner," kata Flores.

Ivanka merupakan penasihat kepada Trump manakala Jared memainkan peranan sebagai Pengarah Inovasi White House. - Independent.uk

Tags / Kata Kunci: Donald Trump

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan