Lepas Ni Kaum Lelaki Tak Bosan Lagi

Diterbitkan: Sabtu, 15 Julai 2017 5:39 PM

(Ubah saiz teks)

BEIJING: Sebuah pusat membeli-belah di Shanghai, China mengeluarkan idea bagaimana untuk menangani kebosanan suami dan teman lelaki kepada wanita-wanita yang sibuk membeli-belah.

China Daily pada Jumaat melaporkan bahawa gedung The Global Harbor memasang empat kabin yang dilengkapi dengan komputer dan gajet yang boleh digunakan kaum lelaki sementara isteri atau teman wanita mereka pergi membeli-belah.

Pusat membeli-belah yang terletak di pusat bandar Shanghai itu menawarkan perkhidmatan berkenaan secara percuma.

"Saya fikir ia adalah cara yang kreatif untuk suami saya berehat semasa sesi membeli-belah, yang mana mereka tak berminat mengikut pun. Tak ada masalah kalau dia hendak bermain selama setengah jam semasa saya mencuba pakaian dan saya tidak perlukan pandangan dia," lapor China Daily memetik Li Ting, seorang suri rumah berusia 35 tahun sebagai berkata. 

Seorang guru sekolah rendah, Ding Wen bagaimanapun tidak pernah terfikir mengenai suaminya bermain permainan komputer semasa mereka keluar bersama.

"Sama ada kami baru memulakan hubungan sedekad lalu atau sekarang dah ada anak lelaki berusia tiga tahun, saya sentiasa percaya kami perlu menggunakan masa yang berkualiti untuk diluangkan bersama," kata Ding, 29.

Laporan itu bagaimanapun tidak menyebut sama ada perkhidmatan tersebut turut terbuka kepada wanita yang tidak berminat membeli-belah. - The Straits Times/Asia News Network


iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan