Rakyat Malaysia Dihukum Mati Hari Ini

Diterbitkan: Jumaat, 14 Julai 2017 2:56 PM

(Ubah saiz teks)

SINGAPURA: Seorang lelaki rakyat Malaysia berumur 29 tahun yang disabitkan kesalahan mengedar dadah di Singapura hari ini menjalani hukuman gantung sampai mati di Kompleks Penjara Changi, menurut Biro Narkotik Pusat (CNB) Singapura.

Bernama difahamkan mayat  Prabagaran Srivijayan akan menjalani upacara pembakaran lewat hari ini di Krematorium Mandai.

CNB berkata Prabagaran ditahan di Pusat Pemeriksaan Woodlands pada 12 April, 2012, selepas dua peket mengandungi 22.24 gram diamorphine (heroin tulen) ditemukan di dalam kenderaan berdaftar di Malaysia yang dipandunya.

Dia disabitkan kesalahan menyeludup masuk 22.24 gram diamorphine ke Singapura pada 22 Julai, 2014, dan dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi dua bulan kemudian, katanya.

CNB berkata Akta Penyalahgunaan Dadah memperuntukkan hukuman mati jika amaun  diamorphine yang diseludup masuk melebihi 15 gram.

CNB berkata rayuan Prabagaran terhadap sabitan dan hukuman mati dihadapinya ditolak oleh Mahkamah Rayuan pada 2 Okt, 2015.

Pada 8 Jan, 2016, dia membawa kesnya ke Mahkamah Rayuan buat kali kedua menerusi usul jenayah untuk Mahkamah Rayuan menyemak semula keputusannya terhadap rayuannya, atas alasan peruntukan dalam Akta Penyalahgunaan Dadah yang diguna pakai untuk menjatuhkan hukuman mati ke atasnya adalah tidak berperlembagaan.

Pada 2 Dis tahun sama, usul jenayah itu ditolak oleh Mahkamah Rayuan.

Pada 11 Julai, 2017, CNB berkata kes Prabagaran dibawa ke Mahkamah Rayuan buat kali ketiga menerusi usul jenayah atas alasan bahawa rayuannya sedang menunggu pendengaran di Mahkamah Rayuan Malaysia untuk memulakan prosiding terhadap Singapura di Mahkamah Keadilan Antarabangsa.

Semalam, usul jenayah itu ditolak oleh Mahkamah Rayuan.

Petisyennya bagi pengampunan tidak berjaya, menurut CNB.

CNB berkata Prabagaran telah diberikan ruang menjalani proses sepenuhnya mengikut undang-undang, dan dia telah diwakili peguam bela sepanjang proses itu.

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan