Aisberg Gergasi Terpisah Di Antartika

Diterbitkan: Khamis, 13 Julai 2017 1:46 PM

(Ubah saiz teks)

LONDON: Salah satu aisberg terbesar dalam sejarah terpisah dari glasier Antartika.

Keadaan itu menjejaskan kapal-kapal di sekitar benua itu.

Aisberg seberat satu trilion tan yang berukuran 5,800 kilometer persegi terpisah dari pentas ais Larsen C di Antartika antara 10 dan 12 Julai lalu.

Perkara itu disahkan saintis di Universiti Swansea dan Penyelidikan Antartik British.

Aisberg itu sudah menunjukkan tanda-tanda untuk terpisah selama beberapa bulan.

Sepanjang musim sejuk di Antartik, saintis memantau kejadian itu menggunakan satelit Agensi Angkasa Eropah.

“Aisberg itu adalah yang terbesar pernah direkodkan dan keadaannya pada masa depan sukar dijangka.

“Mungkin ia akan kekal begitu tetapi besar kemungkinan ia akan terpisah menjadi ketulan ais. Beberapa ketulan ais akan kekal di situ berdekad-dekad lamanya, manakala sebahagian daripada aisberg itu mungkin dihanyutkan ke utara kawasan kurang sejuk," kata Adrian Luckman, seorang pensyarah di Universiti Swansea.

Luckman juga merupakan ketua penyiasat Projek MIDAS, yang ditugaskan untuk memerhatikan glasier ais itu sejak beberapa tahun lalu.

Aisberg yang terpisah itu boleh menambahkan risiko terhadap kapal-kapal yang belayar.

Pada 2009, lebih 150 penumpang dan anak kapal telah dipindahkan apabila MTV Explorer tenggelam selepas merempuh aisberg di semenanjung Antartika.

Aisberg yang dikenali sebagai A68, telah terapung sebelum terpisah, oleh itu, tiada impak besar berlaku pada aras laut.

Namun proses itu menyebabkan pentas ais Larsen C berkurang lebih 12 peratus di kawasan itu.

Pentas ais Larsen A dan B yang berada di penghujung utara, Semenanjung Antartika tiba-tiba terpisah pada 1995 dan 2002.

“Ini menyebabkan kadar kenaikan glasier di belakang pentas ais tersebut, dengan jumlah ais yang hanyut ke laut, menyumbang kepada kenaikan aras laut.

“Jika Larsen C mula terpisah, maka kita akan melihat kenaikan aras laut," kata David Vaughan, pakar glasier dan pengarah sains di Penyelidikan Antartik British.

Tags / Kata Kunci: aisberg , Antartika

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan