Isteri Ditembak Lewat Sedia Makanan

Diterbitkan: Rabu, 12 Julai 2017 12:30 PM

(Ubah saiz teks)

GHAZIABAD: Seorang lelaki berusia 60 tahun telah ditahan pada Ahad lalu selepas menembak isterinya yang lambat menyediakan hidangan makan malam.

Menurut laporan Times of India (TOI), lelaki tersebut, Ashok Kumar pulang ke rumah dalam keadaan mabuk dan meminta isterinya, Sunaina,55, memasak hidangan malam.

Pergaduhan berlaku apabila Sunaina enggan menyediakan makanan dengan cepat.

Berang disebabkan kelewatan itu, Kumar mengeluarkan pistol dan mengugut menembak isterinya.

Walaupun anak mereka cuba menghalang, namun Kumar telah menembak kepala isterinya itu.

Sunaina digegaskan ke hospital dan disahkan meninggal sebaik sahaja tiba di sana.

Menurut pegawai polis Uttar Pradesh, Rupesh Singh kepada BBC, Kumar yang mabuk setiap hari mengaku dan menyesali perbuatannya itu.

Dalam pada itu, BBC melaporkan bahawa keganasan terhadap wanita adalah kes yang paling banyak dilaporkan di India setiap tahun.

Kes keganasan rumah tangga dilaporkan setiap empat minit pada 2015.

Walaupun keganasan tidak asing lagi di India dan apa yang menggalakkan ia terus berlaku adalah ‘budaya diam dan setuju’, jelas laporan itu. - The Straits Times/Asia News Network


Tags / Kata Kunci: Tembak Isteri

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan