Lelaki Ditahan Cuba Buka Pintu Pesawat

Diterbitkan: Rabu, 12 Julai 2017 10:32 AM

AirAsia India merancang untuk menyenarai hitamkan penumpang-penumpang yang berkelakuan buruk.

(Ubah saiz teks)

NEW DELHI: Seorang lelaki cuba membuka pintu kecemasan AirAsia ketika pesawat masih di udara.

Insiden itu sekaligus mencederakan penumpang dan kru pesawat yang cuba menghalangnya.

Sebaik sahaja mendarat, Aftab Ahmed, 32,  ditahan dan dihantar ke bahagian keselamatan lapangan terbang di timur bandar Ranchi pada Isnin.

“AirAsia ingin melaporkan seorang penumpang tidak berdisiplin yang menaiki pesawat dari New Delhi ke Ranchi pada 10 Julai," jelas seorang jurucakap pesawat dalam satu kenyataan.

“Sebaik sahaja mendarat di Ranchi, penumpang tersebut telah dihantar ke Pusat Kawalan Keselamatan India (CISF) untuk siasatan lanjut."

Namun, pihak berkuasa masih belum melaporkan maklumat terkini insiden tersebut.

Menurut Press Trust of India, Ahmed adalah penduduk Ranchi di pusat bandar Jharkhand.

Insiden ini terjadi dua bulan India mengumumkan perancangan untuk tidak membernarkan penumpang yang tidak disiplin, berikutan kes-kes kontroversi ahli politik yang menganiaya kru pesawat.

Kementerian Penerbangan Awam mencadangkan untuk mencegah penumpang bagi tiga kategori kelakuan negatif - pernyataan lucah dan gangguan seksual, merosakkan pesawat dan serangan keganasan.

Penumpang akan di senarai hitam selama tiga bulan atau selama-lamanya, bergantung pada tahap  kelakuan mereka.

Untuk rekod, Ravindra Gaikwad, seorang ahli politik dari barat Maharashtra,menjadi tumpuan utama Mac lalu kerana memukul kru pesawat Air India menggunakan selipar.

Pada Februari, seorang penumpang pesawat Indigo membuka pintu kecemasan sebelum pesawat berlepas di Mumbai.

Dan pada 2016, seorang pelancong mabuk dari Jerman melakukan aksi yang sama selepas pesawat yang dinaikinya mendarat di Mumbai, dan memberitahu kepada pihak berkuasa bahawa perbuatannya itu ‘hanya untuk berseronok’.- AFP

Tags / Kata Kunci: AiAsia , Pintu Pesaway , India

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Ayda Jebat Kecewa Mainan Politik

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Kolumnis

iklan

Iklan