Shanghai Moonton Disaman Sebab Ciplak League of Legends

Diterbitkan: Selasa, 11 Julai 2017 4:31 PM

Gambar daripada Riot Games.

(Ubah saiz teks)

LEAGUE of Legends yang merupakan pemilik Riot Games telah memfailkan saman ke atas pembangun permainan mudah alih, Shanghai Moonton Technology (SMT) atas kesalahan pelanggaran hak cipta harta intelek Riot Games.

SMT bertanggungjawab mereka beberapa permainan yang terdiri daripada Magic Rush: Heroes, Mobile Legends: 5v5 MOBA, dan Mobile Legends: Bang bang yang mana kesemuanya termasuk dalam fail saman berkenaan sebagai contoh salah laku yang dilakukan.

Menurut tuntutan saman berkenaan, tiga permainan tersebut memiliki 'pelbagai unsur yang secara langsung dan sengaja diambil daripada LoL, termasuk tetapi tidak terhad kepada watak-watak LoL, karya seni, reka bentuk peta, reka bentuk unit dan raksasa'.

Tuntutan itu bagaimanapun bukan kali pertama dibuat oleh Riot Games terhadap SMT.

Sebelum Mobile Legends: Bang bang dan Mobile Legends: 5v5 MOBA dari SMT boleh dimuat turun di Google Play Store dan secara asasnya sama dengan Mobile Legends: Bang bang yang sekarang.

Apabila Riot Games menyedari perkara itu, SMT menarik semula aplikasi permainan itu dan kemudian mengembalikannya ke Google Play Store dengan nama baharu Mobile Legends: Bang bang dan menambah beberapa 'tweaks'.

Tuntutan yang difailkan mengandungi contoh peristiwa dalam permainan tersebut yang melibatkan watak dan kebolehan yang didakwa diambil secara langsung dari League of Legends.

Tags / Kata Kunci: League of Legends

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan