Ratu Cantik Afrika Dikecam Kerana Sarung Tangan

Diterbitkan: Selasa, 11 Julai 2017 5:01 PM

(Ubah saiz teks)

RATU CANTIK Afrika Selatan telah dikecam teruk selepas gambarnya memberi makanan pada anak-anak yatim yang menghidap HIV sambil memakai sarung tangantular di media sosial.

Demi-Leigh Nel-Peters, 22, juga mencetuskan kemarahan netizen yang menyifatkan tindakan wanita itu sebagai berbaur perkauman berdasarkan gambar yang dihadirinya di sebuah majlis amal di Johannesburg.

Tetapi, Nel-Peters, yang berdarah kacukan, menafikan tuduhan itu dan berkata dia memakai sarung tangan atas sebab kebersihan kerana dia sedang ‘mengendalikan makanan’.

AKSI Demi-Leigh memakai sarung tangan ketika memberi makanan kepada kanak-kanak yang dijangkiti HIV dikecam teruk.

Tuduhan dibangkitkan apabila pengguna Internet yang menganggap dia takut untuk sentuh kanak-kanak yang dijangkiti penyakit maut tersebut atau mungkin geli mahu menyentuh golongan berkulit hitam.

Seorang pengguna aplikasi Twitter menulis: ‘Seseorang sila beritahu saya, mengapa Ratu Cantik Afrika memakai sarung tangan? Perlu kah? Sila terangkan.’

Pengguna yang lain pula menulis: ‘Awak tidak layak menjadi Ratu Cantik Afrika kerana memakai sarung tangan untuk memberi makan anak-anak yatim. Sangat memalukan.’

Tetapi, di dalam sebuah video yang dimuat naik ke dalam Twitter, Nel-Peters berkata niatnya telah disalah anggap dan dia meminta maaf jika telah menyinggung hati mana-mana pihak.

PENGGUNA Internet memerli Demi-Leigh kerana tindakannya memakai sarung tangan.

“Saya ingin menjelaskan kepada anda semua bahawa semua sukarelawan ketika itu memakai sarung tangan kerana kami diberitahu untuk mengendalikan makanan dan ia adalah perkara yang wajar dilakukan kerana kami memberi makanan kepada kanak-kanak.

“Itulah satu-satunya niat kami memakai sarung tangan; untuk menjaga kebersihan. Malangnya, niat saya telah disalah anggap.

“Bagi saya, pengajaran paling penting adalah memastikan 300 kanak-kanak mendapat makanan lengkap, makanan panas tidak kira sama ada memakai sarung tangan atau tidak.Oleh itu, saya agak sedih kerana niat saya disalah- anggap dan saya minta maaf.”

Penjelasannya menyebabkan semakin ramai yang mengutuknya di media sosial, dengan hashtag #MissSAchallenge yang digunakan oleh ramai pengguna aplikasi Twitter dengan memakai sarung tangan untuk membuat aktiviti harian di rumah mereka.

Seorang pengguna Twitter memuat naik gambar dia memakai sarung tangan sambil menaip di papan kekunci, dengan kepsyen ‘jangan lupa kebersihan’, terdapat juga pengguna yang meletakkan plastik gula-gula di jari sambil membaca buku teks, dengan kepsyen ‘belajar akan menjadi sesuatu yang sukar apabila anda perlu memikirkan tentang kebersihan’. - MAIL ONLINE

Tags / Kata Kunci: Demi-Leigh

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan