Dera Anak Tiri Jilat Mangkuk Tandas

Diterbitkan: Selasa, 11 Julai 2017 11:21 AM

(Ubah saiz teks)

SARA Anne Woody, 25, dari Burkburnett di Texas didakwa atas beberapa kesalahan penderaan kanak-kanak selepas memaksa anak-anak tirinya menjilat najis dari mangkuk tandas sebagai denda.

Wanita itu juga dituduh memukul kemaluan anaknya dengan tali pinggang kerana kencing di atas katil dan memaksa mereka minum cuka epal untuk memuntahkan ‘makanan curi’.

Suspek didakwa hampir 30 tuduhan jenayah kerana mendera anak-anak tirinya, Times Record News melaporkan.

Suaminya, Jonathan Darrel Woody, ditahan tahun lepas dan didakwa dengan beberapa kesalahan membahayakan nyawa kanak-kanak kerana kerana gagal menghalang perbuatan isterinya itu.

Menurut lelaki berkenaan, kecederaan itu adalah kerana anak-anaknya bergaduh ketika sedang bermain.

Polis Burkburnett melaporkan, lelaki terbabit sedar tentang penderaan itu tetapi tidak pernah menghalang isterinya dan juga menyuruh anak-anaknya berbohong kepada polis.

Pertama kali Anne Woody ditahan adalah pada Mac 2016 apabila pihak berkuasa Burkburnett melaporkan salah seorang anaknya menerima rawatan kerana kecederaan bibir di hospital Wichita Falls.

Apabila disoal, kanak-kanak tersebut memberitahu pihak berkuasa bahawa ibu tirinya memukulnya enam kali dengan sudu besi hingga menyebabkan bibirnya bengkak dan lebam.

Pihak berkuasa juga mendapati terdapat lebam dan luka di muka kanak-kanak itu.

Mangsa juga mengadu bahawa Anne tidak memberinya makan, menguncinya di dalam almari sepanjang malam, memukul bahunya kerana mengambil makanan, memaksanya menjilat mangkuk tandas, serta menyuruhnya bersenam dan memukulnya dengan batang khemah jika dia berhenti. - Mirror.uk

Tags / Kata Kunci: Dera

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan