Calon Wakil Rakyat New Zealand Pertama Berdarah Melayu - Berita Dunia | mStar

Calon Wakil Rakyat New Zealand Pertama Berdarah Melayu

Diterbitkan: Selasa, 11 Julai 2017 2:43 PM

Kang merupakan calon Parti Maori yang pertama berketurunan Asia dan berdarah Melayu. - NZHerald

(Ubah saiz teks)

GOLONGAN pendatang tiada suara dan mereka sudah penat dengan situasi itu. Calon Parti Maouri tampil untuk membela nasib golongan tersebut.

Pembela lebah dan bekas ahli farmasi dan pakar pemakanan, Wetex Kang pada Isnin menjadi calon Parti Maori yang pertama berasal dari Asia.

Beliau yang berketerunan Cina Malaysia boleh berbahasa tiga dialek Cina dan memahami Bahasa Melayu.

Kang berkata, beliau berfikir untuk menyertai Parti Kebangsaan tetapi enggan membawa beg bimbit dan botol air orang lain untuk 10 tahun akan datang.

Kemudian, seseorang mencadangkan agar Kang menyertai Parti Maori.

"Nenek saya berdarah campuran Melayu dan saya selalu berasa darah yang mengalir dalam badan ini ada pertalian dengan 'tangata whenua' (orang asli New Zealand).

"Saya menulis dua polisi imigresen untuk Parti Maori dan wakil rakyat berketurunan Asia hanya berada dalam kabinet untuk mempromosikan parti utama dan mendapatkan derma.

"Tiada seorang pun yang benar-benar bangkit untuk mengutarakan isu yang besar dan jelas boleh dilihat. Orang Asia selalu jadi buah mulut dan tempat rujukan tetapi mereka tiada suara dan mungkin sudahpun penat dengan apa yang berlaku," jelasnya kepada portal berita NZ Herald.

Menurut Kang, bukan salah pendatang tetapi kegagalan pihak kerajaan New Zealand untuk menguruskan imigresen.

Tags / Kata Kunci: Wetex Kang
   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan