Juara Sambo Diumum Presiden Mongolia

Diterbitkan: Ahad, 9 Julai 2017 11:23 AM

(Ubah saiz teks)

ULAN BATOR: Bekas juara dunia seni mempertahankan diri, Sambo diumumkan memenangi pilihan raya Presiden Mongolia.

Khaltmaa Battulga yang juga ahli perniagaan terkemuka itu adalah calon pembangkang dari Parti Demokratik.

Berusia 54 tahun, beliau meraih 50.6 peratus undi, jauh meninggalkan lawannya yang juga Speaker Parlimen Mongolia, Mieygombo Enkhbold dari Parti Rakyat Mongolia (MPP).

Battulga ketika bertemu penyokong di Dataran Kemerdekaan Ulan Bator berkata, beliau akan memastikan kerajaan melaksanakan semua misi yang dirancang sebelum ini.

"Saya akan memulakan tugas serta merta bagi menyelesaikan semua kemelut kewangan dan menjadikan Mongolia sebuah negara bebas hutang seperti yang saya janjikan sebelum ini," katanya.

Presiden baru itu akan mewarisi bantuan Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) berjumlah ASD5.5 bilion (RM23.63 bilion) bagi membantu menstabilkan negara itu, sekali gus mengurangkan penggantungan terhadap kerajaan China yang membeli 80 peratus dari jumlah eksport Mongolia. - AFP




 
Tags / Kata Kunci: Sambo , Battulga , Mongolia

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan