Powerbank Terbakar Cetus Panik Di Lapangan Terbang

Diterbitkan: Jumaat, 7 Julai 2017 7:40 AM

Kawasan balai pelepasan dipenuhi kepulan asap.

(Ubah saiz teks)

ISTANBUL: Lapangan Terbang Ataturk panik seketika apabila pengecas mudah alih atau powerbank yang dilempar seorang penumpang terbakar.

Pengendali lapangan terbang itu berkata, penumpang tersebut bertindak agresif kerana marah tidak dibenarkan membawa masuk peranti elektronik tersebut ke dalam pesawat dalam penerbangan ke United Kingdom.

"Seorang penumpang enggan menyerahkan powerbank apabila menaiki pesawat ke United Kingdom.

"Dalam pertengkaran itu, dia menghempaskan powerbank sehingga menyebabkan ia terbakar.

"Namun tiada mangsa cedera dalam insiden itu," kata Lapangan Terbang TAV dalam satu kenyataan di Twitter mereka.

Akaun Twitter itu turut menyiarkan siri tweet reaksi penumpang yang berkata terlihat 'letupan kecil dan kebakaran' dalam kawasan menaiki pesawat ke Britain dan Amerika Syarikat.

Penumpang berkenaan, yang mendakwa berada 10 meter dari lokasi kejadian, berkongsi imej asap di depan pintu balai pelepasan.

Susulan insiden itu, lelaki warga Britian itu ditahan pihak berkuasa Turki.

Tags / Kata Kunci: powerbank , Lapangan Terbang Ataturk

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan