Harapan Kembar Bercantum Kepala Kembali Bersinar

Diterbitkan: Jumaat, 7 Julai 2017 11:33 AM

GELAGAT kembar bercantum kepala, Honey (kiri) dan Singh ketika bermain bersama. - MAIL ONLINE

(Ubah saiz teks)

HARAPAN sepasang suami isteri di India yang hidup dalam kemiskinan untuk melihat anak kembar siam mereka menjalani kehidupan normal, kembali bersinar selepas dimaklumkan doktor pakar tentang pembedahan yang akan mengubah hidup anak mereka.

Pushpanjali Kanhar, 25, dari Kandhamal, Orissa di timur India, terkejut apabila melahirkan anak kembar, Honey dan Singh yang bercantum kepala, di sebuah hospital tempatan pada 9 Mac 2015.

Imbasan x-ray mengesahkan mereka mempunyai otak yang berbeza dan hanya bercantum di hujung kepala mereka.

Akibat mengalami masalah kewangan, pasangan suami isteri itu terpaksa membawa anak mereka ke rumah selepas gagal mendapatkan bantuan daripada pakar yang sanggup memisahkan anak mereka.

Selepas dua tahun berikhtiar, harapan mereka kembali bersinar apabila Kerajaan Negeri Orissa sudi menolong mereka, dan keluarga itu akan berjumpa dengan sekumpulan doktor pakar di Hospital Institut Perubatan Sains India (AIIMS) di New Delhi untuk pembedahan selanjutnya.

Ketua Pegawai Kesihatan Daerah Kandhamal, Dr Swapneshwar Gadnayak berkata, kembar siam itu dikenali sebagai kembar kraniopagus kerana mempunyai dua otak tetapi berkongsi kranium.

Jelasnya, peluang untuk kembar terbabit hidup selepas pembedahan dilaksanakan amat tinggi memandangkan rekod beberapa pembedahan yang berjaya.

"Jika otak mereka bercantum ia akan menjadi sukar untuk dibedah.

"Kes ini memerlukan pemerhatian yang lebih mendalam, kemudian kami akan mengesahkan sama ada pembedahan boleh dilakukan atau tidak," katanya.

Ayah kembar tersebut, Bhuan Kanhar, seorang petani dengan pendapatan sebanyak 1600 rupee sebulan (RM106.23), cuba untuk mendapatkan rawatan untuk anak-anaknya selepas kelahiran mereka tetapi tidak mampu membiayai kos rawatan.

“Saya tidak mampu membayar kos rawatan dan akhirnya saya hilang segala harapan dan terpaksa melihat anak-anak hidup di dalam keadaan tersebut selama dua tahun.” katanya.

HONEY (kiri) dan Singh bermain bersama. - MAIL ONLINE

Pasangan itu, mempunyai dua lagi anak lelaki, Ajit, 9, dan Dakhiya, 6, yang tidak mengalami masalah kesihatan dan mereka berharap dapat melihat semua anak-anak mereka bermain bersama-sama.

“Saya berharap Honey dan Singh dapat menjadi seperti abang-abang mereka.

"Saya mahu mereka pergi ke sekolah dan menjalani hidup yang normal. Saya tahu mereka boleh lakukannya.

“Mereka tahu tentang keadaan mereka kerana apabila mereka melihat kanak-kanak lain, mereka mengharapkan perkara yang sama. Saya berdoa agar pembedahan berjaya dilakukan dan mereka pulang dalam keadaan selamat,” kata Pushpanjali.

Honey dan Singh akan ditemani ibu bapa mereka sementara doktor menganalisa dan membuat keputusan sama ada pembedahan boleh dilakukan. 

Menurut Dr Swapneshwar, memisahkan mereka mungkin akan menjejaskan proses tumbesaran salah seorang atau kedua-duanya.

“Jika pembedahan dijalankan, ia akan menjadi sesuatu yang sukar kerana risiko yang bakal dihadapi bergantung pada bahagian dan kedalaman kepala yang bercantum," jelas Dr Swapneshwar.

Kadar kelahiran kembar kraniopagus adalah satu dalam setiap 2.5 juta kelahiran.

Jika mereka hidup, terdapat risiko sebanyak 80 peratus mereka akan mati sebelum mencecah usia dua tahun jika tidak dipisahkan. - MAIL ONLINE

Tags / Kata Kunci: Kembar Siam , India

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan