Parlimen Venezuela Diserang

Diterbitkan: Khamis, 6 Julai 2017 10:02 AM

KEKECOHAN yang tercetus di bangunan Parlimen Venezuela pada 5 Julai 2017. - REUTERS

(Ubah saiz teks)

SESI Dewan Negara Venezuela terpalit detik-detik hitam apabila sekumpulan penyokong Presiden menyerbu masuk bangunan Parlimen dan menyerang beberapa ahli politik pembangkang.

Menurut AFP, kejadian itu berlaku selepas sesi persidangan bermula untuk mengadakan persiapan sambutan Hari Kemerdekaan.

Kira-kira 100 penyokong kerajaan yang menggunakan pistol dan bahan letupan melepasi kawalan polis tentera dan kumpulan penyerang menggunakan kayu serta batang besi untuk melakukan serangan.

Seramai 350 orang terperangkap dalam bangunan tersebut selama beberapa jam termasuk 108 wartawan, pelajar dan pengunjung.

Pihak berkuasa Venezuela mengesahkan lima anggota Parlimen cedera dalam kejadian itu dan beberapa mangsa terpaksa mendapatkan rawatan lanjut.

Selain itu, beberapa wartawan dan dua staf Parlimen turut dilaporkan cedera.

Akhbar tempatan, Tal Cual menyalahkan kumpulan milita yang dikenali sebagai 'colectivos' sebagai dalang dalam kejadian itu selepas mereka dipercayai menggunakan roket untuk memecah masuk ke dalam bangunan Parlimen.

Insiden berkenaan berlaku ketika Presiden Nicolas Maduro menyampaikan ucapan pada perarakan tentera sempena Hari Kemerdekaan di lokasi lain di ibu negara tersebut.

Kerajaan Venezuela menegaskan pihaknya akan menjalankan siasatan lanjut berhubung perkara itu dan tidak dapat dipastikan sama ada sebarang tangkapan telah dibuat.

Venezuela dibayangi tunjuk perasaan ganas sejak beberapa bulan lalu ekoran krisis ekonomi yang dihadapinya.

Malah situasi diburukkan lagi apabila Dewan Negara dikuasai oleh parti pembanngkang sejak pilihan raya pada Disember 2015.

Kumpulan anti-Maduro mengadakan tunjuk perasaan besar-besaran menentang kerajaan sejak tiga bulan lalu yang menyaksikan pertempuran ganas antara penunjuk perasaan dan anggota keselamatan.

Sekurang-kurangnya 90 orang disahkan terbunuh dalam keganasan tersebut. - BBC

Tags / Kata Kunci: Venezuela

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan