Kesian Nak Sembelih, Apa Lelaki Ini Buat Dengan Lembu Peliharaannya?

Diterbitkan: Khamis, 6 Julai 2017 2:43 PM

-foto Jay Wilde

(Ubah saiz teks)

APABILA bapanya meninggal dunia pada 2011, Jay Wilde mengambil alih ladang lembu warisan keluarga di Ashbourne, United Kingdom.

Sejak itu, dia telah menghantar lembu-lembunya ke tempat penyembelihan. Tetapi setelah melihat sendiri haiwan itu membesar, dia tidak sanggup menyembelihnya.

Dia mengambil keputusan menghantar 59 ekor lembunya ke tempat perlindungan haiwan, di mana haiwan-haiwan itu dapat hidup dengan lebih tenang di situ.

Wilde, 59, seorang vegetarian sejak 25 tahun lalu, tidak sanggup menyembelih lembu untuk menjual dagingnya.

“Saya mula nampak lembu dapat mengenali satu sama lain dan mereka mempunyai ingatan yang kuat,” kata Wilde kepada Vegan Society.

“Mereka juga mempunyai emosi yang sama seperti manusia. Sedih, gembira, bosan dan teruja. Anda boleh tahu apa yang difikirkan mereka melalui ekspresi wajah. Saya pernah lihat lembu menangis.

“Lembu sedar apa yang berlaku di sekeliling mereka serta mempunyai personaliti dan fikiran dalaman.

“Mereka bukan hanya makanan. Mengenali mereka membuatkan saya tidak dapat membayangkan untuk makan dagingnya."

Selepas mengambil alih ladang bapanya, Wilde mula membuat beberapa perubahan.

Dia menukar ladang tenusu miliknya menjadi ladang yang membesarkan lembu untuk daging organik, kerana dia tidak sanggup memisahkan lembu dari anak-anak untuk mengambil susu.

Haiwan itu akan sedih kerana dipisahkan dan mengambil masa yang lama untuk bangkit dari kesedihan. Tetapi, Wilde juga sudah berhenti menghantar mereka ke rumah sembelih kerana tidak sampai hati.

Selepas berbincang dengan Vegan Society, dia mula mengetahui cara untuk mendapatkan pendapatan tanpa menyembelih haiwan, dan organisasi itu memberinya maklumat mengenai Rumah Perlindungan Haiwan Hillside di Norfolk yang sanggup mengambil semua binatang ternakannya.

Di situ, mereka akan hidup dengan tenang sebagai ‘haiwan peliharaan’.

Abang iparnya berkata idea itu sangat gila kerana melepaskan lembu yang bernilai lebih kurang £40,000 di pasaran, tetapi apa yang dikehendaki oleh Wilde hanya penyelesaian yang sebaiknya.

“Saya tahu petani perlu menganggap haiwan ternakan sebagai sumber pendapatan sahaja tetapi apabila anda mengenali mereka, anda akan sedar bahawa mereka mempunyai personaliti yang tersendiri,” Jay Wilde memberitahu The Derby Telegraph.

Kini, dia membuat keputusan untuk menjalankan sebuah perniagaan dari ladang sayur dan membuka restoran vegetarian selain memberi kesempatan untuk orang datang dan menolong menguruskan sayur-sayuran.

"Ia seolah-olah sebuah percutian vegan,” kata Wilde.

Dia telah menyimpan 11 ekor lembunya di ladang sebagai haiwan peliharaan dan bercadang ingin menggunakan najis mereka sebagai baja organik untuk kebun sayur.

Lembu lain termasuk 30 yang sedang bunting, sudah selamat tiba di tempat perlindungan haiwan dan hidup tenang bersama haiwan lain.

“Jay adalah seorang perintis yang memberi inspirasi kepada petani lain untuk menukar ladang mereka kepada perladangan yang tidak melibatkan haiwan,” pegawai kempen Vegan Society, Tom Kuehnel memberitahu The Independent.

Tags / Kata Kunci: sembelih lembu , Jay Wilde

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan