Lelaki Tua 'Ketagih' Pakaian Dalam Wanita

Diterbitkan: Khamis, 6 Julai 2017 2:30 PM

(Ubah saiz teks)

TOKYO: Lebih 1,000 pakaian dalam wanita ditemui di rumah seorang lelaki berusia 61 tahun yang disyaki mencurinya.

Menurut polis, suspek, Yasushi Kobayashi yang bekerja di syarikat percetakan di Kawaguchi mengakui melakukan kesalahan itu.

Hasil siasatan, lelaki itu mendedahkan telah mencuri pakaian dalam dan stokin milik wanita berkenaan sejak 20 tahun.

Laporan Fuji TV menyebut, lelaki berkenaan berbuat demikian kerana gemar memakai pakaian dalam wanita sejak usia mudanya.

Kobayashi ditahan kerana mencuri sembilan pakaian dalam wanita yang dijemur di sebuah premis di Higashi-nippori di Tokyo Arakawa Ward.

"Suspek mengakui mencuri pakaian dalam wanita ketika membawa trak untuk membuat penghantaran barang sama ada yang digantung di anjung atau dalam mesin basuh di pusat mencuci," katanya.

Kata polis lagi, Kobayashi dikenal pasti menerusi imej kamera pemantauan yang dipasang di jalan raya sekitar bandar itu yang menunjukkan warga tua itu memasuki traknya selepas mencuri barangan itu.

Tags / Kata Kunci: Kobayashi , Kawaguchi

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan