Maut, Hilang & Terperangkap Akibat Banjir Besar

Diterbitkan: Khamis, 6 Julai 2017 10:53 AM

(Ubah saiz teks)

TOKYO: Ratusan ribu penduduk terperangkap dalam bencana banjir besar yang melanda selatan Jepun, susulan hujan lebat berterusan mengakibatkan air melimpah dan merosakkan jalan raya.

Setakat ini, sekurang-kurangnya dua terkorban, manakala lebih 10 dikhuatiri hilang akibat dihanyutkan arus deras.

Pakar kaji cuaca memberi amaran keadaan akan bertambah buruk dan anggota tentera serta penyelamat berusaha memindahkan ratusan ribu penduduk dari laluan tanah runtuh dan arus air berlumpur.

"Kami melihat hujan lebat tidak seperti sebelum ini. Keadaan ini luar biasa dengan bahaya serius," kata pegawai Agensi Kaji Cuaca Jepun.

Sementara itu, Ketua Setiausaha Kabinet, Yoshihide Suga berkata, kerajaan mengarahkan 7,500 anggota polis, penyelamat dan anggota tentera ke kawasan terjejas di Kyushu, manakala 40 helikopter bersiap sedia melakukan operasi mencari sebaik cuaca cerah.

"Ada banyak maklumat mengenai orang ramai yang masih hilang," katanya kepada sidang akhbar tergempar.

Ia termasuk seorang kanak-kanak yang dilaporkan dihanyutkan di sungai dan pasangan suami isteri yang tidak ditemui sejak rumah mereka dihanyutkan.

Pegawai di negeri Fukuoka dan Oita yang teruk terjejas berkata, mereka mengetahui 15 penduduk hilang.

Rakaman televisyen menunjukkan ombak dari sungai yang melimpah merempuh kawasan berpenduduk, merosakkan jalan dan menenggelami ladang. - AFP

Tags / Kata Kunci: Jepun , Yoshihide Suga

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan