Letupan Dandang Korbankan 10 Pekerja Kilang Baju

Diterbitkan: Rabu, 5 Julai 2017 11:55 AM

(Ubah saiz teks)

DHAKA: Letupan dandang di sebuah kilang pakaian di sini mengakibatkan sebahagian bangunan enam tingkat itu runtuh dan mengorbankan sekurang-kurangnya 10 pekerja.

Ketika kejadian, semua kakitangan kilang yang terletak di Gazipur itu sedang sibuk menjalankan kerja masing-masing.

Bagaimanapun, agak melegakan kerana letupan itu berlaku ketika ramai pekerja kilang masih bercuti menyambut Aidilfitri.

Insiden itu adalah nahas terbaharu membabitkan industri pakaian bernilai AS$30 bilion (RM129 bilion) di negara berkenaan.

Setakat ini, tiga pekerja masih tidak dapat dikesan, dan pegawai daerah Mahmud Hasan berkata, jumlah kematian mungkin meningkat.

Pada April 2013, kompleks kilang setinggi sembilan tingkat, Rana Plaza, runtuh menyebabkan lebih 1,100 terbunuh dalam kejadian dianggap antara nahas industri terburuk di dunia.

Bangladesh mempunyai lebih 4,500 kilang pakaian yang menggaji 4 juta orang di mana kebanyakannya wanita dengan gaji minimum AS$68 (RM292) sebulan. - AFP

Tags / Kata Kunci: Gazipur , Aidilfitri

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan