Tipu Isteri Beli Rokok, Tonton Bola Di Rusia

Diterbitkan: Selasa, 4 Julai 2017 1:16 PM

(Ubah saiz teks)

KALAU dah namanya fanatik bola sepak, ada saja akal yang akan digunakan untuk memastikan nafsu terhadap sukan paling popular di dunia itu dipenuhi.

Begitu kisahnya seorang peminat setia bola sepak dari Puebla, Mexico yang sanggup berbohong kepada isterinya semata-mata mahu menonton perlawanan.

Bagaimanapun pembohongan yang dilakukan sangat luar biasa dan amat mengejutkan.

Ini kerana, Antonio Garcia memberitahu isterinya untuk keluar membeli sebungkus rokok, tetapi sebenarnya menaiki pesawat ke Jerman dan memandu kereta ke Rusia demi menonton pasukan kebangsaan kesayangannya beraksi dalam Piala Konfiderasi.

Malah nama Garcia menjadi popular dalam Internet apabila kisah pembohongannya itu untuk menonton perlawanan Mexico melawan Rusia, menjadi tular.

"Saya memberitahu isteri mahu keluar ke Oxxo, iaitu sebuah rangkaian kedai popular di Mexico, untuk membeli sebungkus rokok.

"Tetapi saya tidak memberitahu perkara sebenar," katanya menurut laporan Oddity Central.

Bagaimanapun 'kegilaan' lelaki itu dihidu oleh isterinya yang mengetahui Garcia pergi ke Rusia untuk menonton perlawanan bola sepak.

Namun wanita itu tidak mengetahui bahawa suaminya telah menggunakan wang simpanan untuk perlawanan itu.

"Saya tidak kisah tentang kos perlawanan itu.

"Apa yang penting adalah menyokong pasukan kesayangan," kata lelaki berkenaan.

Lebih menarik lagi, ketika berada di Jerman, Garcia mengalami kecederaan apabila bermain bola dengan beberapa penduduk tempatan.

Walaupun doktor menasihatinya untuk berehat, tetapi dia berdegil dan meneruskan perjalanan ke Rusia.

Tags / Kata Kunci: Mexico , Antonio Garcia

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan