Gagak Patuh Tanda ‘Dilarang Masuk’?

Diterbitkan: Selasa, 4 Julai 2017 5:44 PM

(Ubah saiz teks)

PERCAYA atau tidak, gagak sebenarnya boleh memahami dan patuh kepada papan tanda.

Perkara itu diakui sendiri oleh seorang profesor dari Jepun yang berjaya 'melarang' gagak daripada memasuki bangunan.

Profesor Katsufumi Sato mengakui beliau mengetahui perkara terersebut selepas disarankan oleh rakanya, Tsutomu Takeda suapa meletak papan tanda 'Gagak Dilarang Masuk' di tempat beliau mengajar.

Sato menghalau haiwan tersebut yang sering memasuki premis universiti dan menggigit cebisan bahan penebat yang menutupi paip bangunan untuk digunakan pada membina sarang.

Meskipun pada mulanya, Sato mengangap nasihat itu sebagai satu gurauan, beliau tetap memasang papan tanda berkenaan yang ditulis dalam bahasa Jepun di pusat penyelidikan universiti di Otsuchi dan menjalankan kajian selama tiga tahun.

Ternyata usahanya itu berbaloi apabila tiada lagi gagak memasuki Pusat Penyelidikan Coastal Antarabangsa (ICRC) yang terbiar di institut Penyelidikan Laut dan Atmosfera.

Pada mulanya, Sato menyangka ianya hanya nasib baik dan hanya menunggu masa sebelum gagak itu menyedari tanda itu tidak  memberi apa-apa kesan, namun, burung itu tidak lagi masuk ke situ.

Pada tahun ini, Sato menggantung tanda baharu untuk kali ketiga dan ia sangat berkesan. Dia menggantung tanda itu di tingkap yang rosak dan paip di tingkat bawah bangunan yang telah rosak kerana dilanda tsunami selepas ekoran gempa bumi pada 2011, sudah tidak lagi didekati oleh gagak.

Bagaimanapun rakannya yang juga pakar tentang gagak, Takeda mendedahkan gagak sebenarnya tidak memahami tulisan papan tanda yang dipasang oleh Sato.

Jelasnya, walaupun kelihatan seperti itu, tetapi gagak sebenarnya takut dengan pelawat dan pekerja ICRC yang seringkali menuding jari pada burung tersebut selepas melihat tanda itu.

"Walaupun tidak memahami apa yang ditulis, tetapi haiwan itu tahu bahawa ia mempunyai kaitan papan tanda itu.

“Pelawat sentiasa melihat ke udara (mencari kelibat gagak),”

"Ia akan lebih berkesan apabila lebih ramai orang melihat dan mencari kelibat gagak," katanya. - ODDITY CENTRAL

Tags / Kata Kunci: Katsufumi Sato , Gagak , Jepun

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan