Banduan Bebas Gara-Gara Kesilapan Isi Borang

Diterbitkan: Selasa, 4 Julai 2017 11:07 AM

(Ubah saiz teks)

GARA-GARA kesilapan mengisi borang, seorang banduan dilepaskan daripada penjara lebih awal daripada tempoh yang sepatutnya.

Ratson Dodd yang disabitkan kesalahan hampir menikam mati Jerrel Holland dijatuhkan hukuman penjara selama sembilan tahun pada November lalu.

Bagaimanapun Dodd, 25, dibebaskan selepas sembilan bulan menjalani hukuman disebabkan kesilapan staf mahkamah mengisi borang tempoh penjara yang perlu dilaksanakan.

Ekoran kesilapan itu, Jabatan Kehakiman mengeluarkan waran tangkap untuk memburu lelaki berkenaan yang dipercayai bersembunyi dan mengambil kesempatan atas kesilapan tersebut.

Mangsa jenayah Dodd, Holland berkata, dia ada melihat Dodd di North London beberapa minggu lalu.

Ayahnya, Alex mengakui terkejut apabila mengetahui lelaki yang hampir meragut nyawa anaknya 

"Apa yang berlaku?

"Apabila anak saya melihat Dodd di dalam kereta, dia menyangka dia ternampak hantu kerana Dodd sepatutnya berada di dalam penjara," katanya menurut The Sun.

Dodd menikam Holland dalam pergaduhan di Islington pada tahun lalu.

Mangsa yang mengalami kecederaan parah dan telah dibawa ke Hospital Whitechapel, kini telah sembuh sepenuhnya.

Kementerian Kehakiman memberitahu pihak media bahawa kesilapan sedemikian jarang berlaku tetapi pihaknya tetap mengambil serius berhuhung kes tersebut.

“Kami sedang menyiasat kes ini dan kami akan memastikan kesilapan seperti ini tidak berlaku lagi kerana keselamatan orang awam adalah keutamaan kami," jelas kementerian berkenaan.

Tags / Kata Kunci: Banduan Bebas

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan