48 Jam Untuk Qatar Penuhi Tuntutan

Diterbitkan: Isnin, 3 Julai 2017 2:15 PM

(Ubah saiz teks)

QATAR diberi tempoh lanjutan selama 48 jam untuk memenuhi tuntutan Arab Saudi dan sekutunya yang memboikot Doha atas dakwaan menaja keganasan dan berpakat dengan Iran.

Tempoh lanjutan itu dikemukakan oleh Kuwait selepas Qatar menerima senarai 13 tuntutan blok negara Arab yang diketuai Riyadh.

Tanpa menyatakan sama ada Qatar menolak tuntutan tersebut, pemerintah Kuwait, Emir Sheikh Sabah Al Ahmad Al Jaber Al Sabah meminta Arab Saudi dan tiga negara lain supaya melanjutkan tempoh bagi memastikan Doha memenuhi tuntutan berkenaan.

Kuwait merupakan negara yang menjadi orang tengah bagi menyelesaikan krisis di Asia Barat itu.

Arab Saudi, Emeriyah Arab Bersatu (UAE), Bahrain dan Mesir memutuskan hubungan diplomatik dan mengenakan sekatan ke atas Qatar bermula 5 Jun lalu atas dakwaan Doha menaja keganasan.

Selepas lebih dua minggu, empat negara itu memberi kata dua kepada Doha untuk memenuhi 13 tuntutan sebagai pertukaran menamatkan krisis kedua-dua pihak.

Tiada kenyataan terbaharu berhubung tempoh lanjutan itu tetapi Kementerian Luar Qatar sebelum ini menyatakan Doha akan menolak sebarang tuntutan oleh blok negara Arab itu.

Arab Saudi dan sekutunya menegaskan bahawa tuntutan terbabit tidak boleh dirunding dan perlu dipatuhi serta-merta.

Antara tuntutan yang dikemukakan termasuk menutup rangkaian berita Al Jazeera, menutup pangkalan tentera Turki dan mengehadkan hubungan dengan Iran.

Selain itu, Doha perlu memutuskan hubungan dengan pergerakan Ikhwanul Muslimin dan beberapa kumpulan lain termasuk Hezbollah, al-Qaeda dan Daesh. - AL JAZEERA

Tags / Kata Kunci: Qatar

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan