Enjin Terbakar Cemaskan 65 Penumpang

Diterbitkan: Isnin, 3 Julai 2017 11:13 AM

(Ubah saiz teks)

COLORADO: Kira-kira 65 penumpang penerbangan United Express mengalami detik-detik mencemaskan apabila enjin pesawat yang mereka naiki terbakar sebaik sahaja mendarat.

Kejadian itu berlaku di Lapangan Terbang Antarabangsa Denver di Colorado, Amerika Syarikat (AS) selepas pesawat itu tiba dari Aspen.

Enjin pesawat itu terbakar secara tiba-tiba menyebabkan kesemua penumpang panik dan diarahkan keluar menyelamatkan diri sebaik sahaja kapal terbang jenis Bombardier CRJ-701 berhenti di landasan.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian itu.

Punca sebenar kejadian masih lagi disiasat. - MAIL ONLINE
Tags / Kata Kunci: United Express

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan