Parti PM Jepun Tewas Pilihan Raya

Diterbitkan: Isnin, 3 Julai 2017 2:36 PM

(Ubah saiz teks)

TOKYO: Parti Demokratik Liberal (LDP) pimpinan Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe mengalami kekalahan terburuk dalam sejarah pada pilihan raya di ibu negara ini pada Ahad.

Kekalahan dalam Pilihan Raya Metropolitan Tokyo itu, sekali gus memberi petanda jelas buat Abe yang semakin hilang sokongan rakyat susulan skandal pilih kasih dalam pucuk pimpinannya.

Parti Rakyat Didahulukan yang diketuai Gabenor Tokyo, Yuriko Koike dan pakatannya memenangi 19 daripada 127 kerusi manakala LDP sekadar meraih 23 kerusi, sekali gus keputusan paling teruk berbanding 57 kerusi sebelum pilihan raya.

Pilihan raya di Tokyo menjadi ukuran penting untuk pilihan raya umum sejak sekian lama.

Pada 2009, LDP hanya memenangi 38 kerusi di ibu negara dan disusuli kekalahan pada pilihan raya umum pada tahun yang sama.

Koike yang merupakan bekas menteri pertahanan dan bekas ahli LDP, menjadi gabenor sejak tahun lalu sebagai wanita pertama memacu bandar tersebut.

Kemenangan beliau berjaya menepis ancaman LDP untuk merampas tampuk pemerintahan di Tokyo selepas beliau menjanjikan mahu merombak corak kepimpinan di bandar yang dihuni 13.7 juta penduduk.

Kejayaan Koike itu juga mencetuskan spekulasi bahawa berkemungkinan beliau akan bertanding sebagai pemimpin tertinggi negara itu walaupun pilihan raya tidak akan diadakan sehingga acara sukan Olimpik 2020 berakhir.

Sementara itu, Abe diselubungi kontroversi apabila didakwa mencampuri urusan Institusi Pendidikan Kane dengan memberi kelulusan sebagai institusi veterinar dalam zon khas ekonomi.

Pengarah institusi itu, Kataro Kake merupakan kawan kepada Abe. - AL JAZEERA

Tags / Kata Kunci: Shinzo Abe

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan