Kejadian Tembakan Di Masjid, Bukan Perbuatan Pengganas

Diterbitkan: Isnin, 3 Julai 2017 11:46 AM

Polis mengklasifikasikan insiden tembakan tiada kaitan dengan keganasan. - Xinhua/Barcroft Images

(Ubah saiz teks)

LAPAN orang termasuk seorang perempuan cedera ringan dalam satu serangan tembakan di hadapan masjid di bandar Avignon, selatan Perancis, kata pejabat pendakwaraya dan menafikan ia satu bentuk ancaman keganasan.

Menurut laporan awal, sekurang-kurangnya dua lelaki keluar daripada sebuah kereta pada pukul 10.30 malam.

Semua mangsa yang terlibat tidak mengalami kecederaan yang mengancam nyawa, kata pegawai terbabit.

"Berdasarkan apa yang kami tahu, masjid itu bukanlah sasaran. Insiden ini tiada kaitan dengan lokasi kejadian," kata pendakwaraya itu.

Saksi melihat terdapat empat individu dalam kereta yang terlibat, kesemua mereka memakai jaket berhud.Jabatan penyiasatan jenayah sedang meneliti kes berkenaan.

Akhbar kawasan setempat, La Provence yang mula-mula melaporkan kejadian tersebut menyatakan, sumber kehakiman mendakwa pihak polis berkata, 'kes langsung tidak disiasat sebagai keganasan' dan disyaki berpunca daripada pergaduhan antara remaja.

Empat individu yang cedera berada di luar masjid ketika kejadian berlaku, manakala empat lagi mangsa merupakan sebuah keluarga yang tinggal kira-kira 50 meter daripada lokasi tembakan itu.

Insiden tembakan berkenaan berlaku hanya beberapa hari selepas seorang lelaki cuba melanggar para jemaah di luar Masjid Creteil, Selatan Paris pada Khamis lalu.

Pemandu itu, seorang lelaki berbangsa Armenian, 43, merupakan pesakit schizophrenia telah melanggar tembok dan tiang di luar masjid menggunakan keretanya sebelum terbabas ke pembahagi jalan. Tiada mangsa terlibat dalam kejadian terbabit.

Satu lagi kejadian sama yang melibatkan sebuah van yang menyerang para jemaah di Masjid Finsbury Park, London pada 19 Jun lalu sehingga mengorbankan seorang mangsa dan 11 lagi cedera telah menyebabkan komuniti Islam Perancis berasa terancam.

Beberapa pegawai Muslim di Perancis menyifatkan insiden Paris itu sebagai satu bentuk ancaman dan menggesa agar pihak berkuasa meningkatkan perlindungan di tempat beribadat. - Agensi

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan