Fidget Spinner Alat Pemuja Syaitan - Pastor

Diterbitkan: Isnin, 3 Julai 2017 12:43 PM

(Ubah saiz teks)

SEORANG pastor Kristian menyelar permainan popular fidget spinner yang disifatkan sebagai 'pengaruh syaitan' yang memaksa kanak-kanak membuat simbol syaitan ketika bermain dengan alat permainan itu.

Pemimpin agama tersebut, Juan Mariano Avalos berkata, alat permainan tersebut secara tidak langsung membuatkan si pemain memuja syaitan.

Beliau mengeluarkan satu video kontroversi yang menjelaskan teorinya bahawa permainan tersebut merupakan alat kegelapan dan kanak-kanak perlu mengelak daripada terus bermain dengan peralatan tersebut.

Fidget spinner, permainan yang dicipta untuk mereka yang menghadapi masalah gementar dan tekanan, menjadi popular di seluruh dunia.

Pastor daripada Paraguay itu bagaimanapun menunjukkan makna yang tersirat daripada pemainan tersebut.

Namun amaran pastor itu ternyata tidak diendahkan dan diejek oleh pengguna media sosial.

"Pastor, emoji (simbol tangan) tanda bersetuju juga ada unsur-unsur syaitan," kata seorang pengguna bernama Fernando Fleitas. - MIRROR

Tags / Kata Kunci: Fidget Spinner , Pastor

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan