Wartawan Dilarang Bawa Pen, Kosmetik

Diterbitkan: Sabtu, 1 Julai 2017 10:30 AM

Xi Jinping (kiri). -fotoAP

(Ubah saiz teks)

HONG KONG: Sebanyak 14 kategori barangan 'berbahaya' termasuk alat mekap, pen dan buah-buahan dilarang dibawa pengamal media ketika membuat liputan perarakan tentera sempena lawatan Presiden China, Xi Jinping.

Menjelang upacara itu, wartawan menerima arahan bertulis berkaitan langkah keselamatan yang perlu dipatuhi.

Antara barang larangan adalah senjata, pemetik api serta pisau, selain candu, morfin serta heroin juga haiwan, tumbuhan, makanan, minuman dan buah-buahan.

Turut tersenarai adalah alat kosmetik serta deodoran kerana mengandungi cecair.

Lebih menyukarkan untuk kumpulan wartawan yang bertugas apabila mereka dilarang membawa pen.

Payung dilarang dalam kategori berbeza kerana simbolik pergerakan demokrasi bandar itu pada 2014 yang digelar ‘Revolusi Payung'.

Xi Jinping melawat lapangan terbang Tentera Pembebasan Rakyat (PLA) di sini iaitu antara acara paling dinantikan sempena 20 tahun penyerahan semula bandar Hong Kong kepada China oleh Britain. -AFP


Tags / Kata Kunci: Xi Jinping , PLA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan