Kenapa Ibu, Tiga Gadis Ini Raih Perhatian?

Diterbitkan: Sabtu, 1 Julai 2017 7:08 PM

Tiga beradik yang berwajah muda. Foto odditycentral

(Ubah saiz teks)

LURE Hsu, 41, seorang pereka hiasan dalaman dan penulis blog fesyen, mendapat perhatian di media sosial kerana wajahnya yang muda.

Bagaimanapun, rahsia awet mudanya dibuktikan dengan gen dalam keturunannya. 

Kedua-dua adik perempuannya, Sharon, 36, dan FayFay, 40, turut kelihatan seperti berusia 20an. 

Malah, ibu mereka berusia 63 tahun kelihatan seperti kakak.

Pengguna Internet mula menerima hakikat bahawa Lure Hsu sememangnya berusia 41 tahun, selepas gambarnya bersama ibu dan adik-beradik disiarkan oleh media Taiwan.

Keempat-empat wanita ini digelarkan media Taiwan sebagai ‘keluarga yang sentiasa muda’, malah ada yang menyifatkan mereka berketurunan drakula kerana wajah mereka yang tidak dimamah usia.

Ibu mereka yang berusia 63 tahun (tengah).

FayFay Hsu, 40, merupakan ibu kepada dua anak, masing-masing berusia 8 dan 10 tahun. 

Dia mengakui setiap kali mereka keluar bersama, ramai yang menyangka dia adalah kakak mereka.

Bercakap kepada Daily Mail, dia berkata, mereka mendapat gen muda daripada ibu mereka.

"Ibu dulu kelihatan sangat muda. Sekarang, dia masih menawan," kata FayFay sambil menambah bahawa bapa mereka yang berusia 74 tahun juga masih segak tetapi malu untuk bergambar.

Menerusi wawancara bersama Friday Magazine, FayFay dan Lure juga berkata, rahsia penampilan mereka adalah minum air yang banyak bagi mengekalkan kelembapan kulit. 

Menurut FayFay, dia minum 350 hingga 500 mililiter air suam setiap pagi.

Sementara itu, Sharon Hsu, 36, merupakan seorang model dan selebriti di Taiwan.

Walaupun muda beberapa tahun dari kakak-kakaknya, tetapi Sharon kelihatan muda seperti pelajar sekolah. - odditycentral

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan