Sinar Baharu Mangsa Serangan Asid

Diterbitkan: Sabtu, 1 Julai 2017 2:32 PM

-foto Cover Asia Press

(Ubah saiz teks)

JULIE Kumari, 7, telah disimbah dengan asid oleh ayahnya empat tahun lalu dan diberi peluang untuk pulih.

Mukanya mula cair apabila ayahnya, Manish, menyimbah bahan kimia itu ke arah ibunya, Rani Devi, gara-gara cemburu dengan perkahwinan keduanya.

Malangnya asid itu terkena Kumari dan suami baru ibunya, Heera Lal yang sedang tidur.

Kumari menderita dengan kecederaan parah di muka, lengan, leher dan dada.

Insiden itu memberi kesan kepada 60 peratus badan Lal sebelum dia mati kerana jangkitan. Kumari pula mengalami kecederaan 40 peratus pada badannya.

Devi terpaksa menjual ladangnya untuk membayar kos perubatan, tetapi doktor telah mengeluarkannya dari hospital dalam tempoh 10 hari dan memberitahu bahawa Kumari akan berparut sepanjang hidupnya dan tiada apa yang boleh mereka lakukan.

Devi, 31, hanya memperolehi wang sebanyak RM11 setiap hari dan tidak mampu untuk membiayai kos pembedahan Kumari.

Devi berkata: “Saya sangat sedih melihatnya menderita setiap kali makan, bercakap dan senyum. Segalanya dilalui dengan susah payah dan tiada apa yang boleh saya lakukan untuk menolongnya."

-foto Cover Asia Press

Alok Singh dan pasukannya dari Chhanv Foundation, sebuah organisasi yang membantu mangsa serangan asid dan merupakan pengasas kempen Hentikan Serangan Asid, mendapat tahu tentang keadaan Kumari dan menawarkan untuk membantu kanak-kanak itu menerima rawatan di hospital secara percuma.

Pembedahan pertamanya dilaksanakan tiga bulan lalu di hospital Institut Sains Perubatan Pascasiswazah Sanjay Gandhi, Lucknow, dan doktor telah merawat kulit di lehernya supaya dia dapat mengerakkan kepalanya.

Kumari sedang bersiap sedia untuk lebih banyak pembedahan pada bulan depan bagi merawat mata kirinya. Dia juga akan melakukan pembedahan plastik untuk membetulkan mukanya.

“Saya sangat gembira kerana wujud orang baik di dunia ini yang sanggup membantu memberi rawatan kepada anak saya, saya sangat berterima kasih kepada mereka,” kata Devi yang sudah berkahwin semula dan selamat melahirkan seorang bayi lelaki pada bulan lepas.

Chhanv Foundation sedang mengutip derma untuk membantu kehidupan keluarga tersebut.

“Apabila kami sedang memeriksa tentang kes-kes serangan asid di setiap daerah di India, kami mengetahui tentang Kumari. Ketika kami melawatnya, kami sangat terkejut dengan keadaannya yang parah.

“Mereka tinggal di rumah yang mempunyai satu bilik tanpa elektrik dan dia tidak menerima apa-apa rawatan pada masa itu. Tetapi sekarang, rawatan telah bermula dan keadaannya akan bertambah baik,” kata Alok Singth. -metro.co.uk

Tags / Kata Kunci: simbah asid

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan