'Sampah' Hasil Karya Seni

Diterbitkan: Jumaat, 30 Jun 2017 12:22 PM

(Ubah saiz teks)

SEORANG seniman Perancis punya cara sendiri untuk menyedarkan masyarakat mengenai tanggungjawab melupuskan sampah dengan kaedah yang berkesan.

Susulan itu, dia berhenti membuang sampah yang boleh dikitar semula selama empat tahun.

Antoine berhenti membuang sampah seperti botol plastik, paip, tisu tandas dan surat khabar bermula 2011 dan menyimpannya di kediamannya.

Selepas lama mengumpul, sampah mula memenuhi lantai rumahnya, dan menutup semua ruang.

Mencapai tempoh empat tahun, kediaman Repessé kelihatan seperti rumah pengumpul tegar seperti yang dilihat di televisyen.

Sepanjang empat tahun berbuat demikian, Antoine Repessé telah berjaya mengumpul 1,600 botol susu, 4,800 tisu tandas, dan 800 kilogram surat khabar, yang digunakan sebagai barang bantuan untuk projek gambarnya berkaitan kepenggunaan moden yang berjudul, #365 Unpacked.

“Saya ingin melihat bagaimana satu objek boleh kelihatan berbeza apabila ia menjadi sebahagian daripada sesuatu yang besar. Kita sering diingatkan tentang sampah yang dihasilkan manusia tanpa betul-betul memahaminya tetapi menerusi gambar, impaknya akan lebih terserlah berbanding kata-kata,” kata Antoine kepada Konbini.

Seniman itu juga meluangkan banyak masa mengasingkan sampah yang dikumpulnya ke dalam beberapa kategori.

“Pilihan kategori sampah memberi kesan grafik. Saya cuba menghasilkan gambar yang sempurna berunsurkan keserabutan.”

Banyak syarikat yang mengambil langkah penting dalam mengurangkan sampah sedangkan kunci utama untuk mengubah hidup seseorang adalah dengan mengubah tabiat membeli dan menggunakan barang.

Antoine berharap gambar-gambarnya itu dapat memberi mereka inspirasi untuk berubah.


Tags / Kata Kunci: Antoine , Perancis

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan