RM12 Juta Nilai R2-D2

Diterbitkan: Jumaat, 30 Jun 2017 10:40 AM

(Ubah saiz teks)

LOS ANGELES: Selepas beberapa kali beraksi dalam filem Star Wars, robot R2-D2 telah dilelong pada harga hampir AS$3 juta (RM12.02 juta).

Sebuah agensi lelongan di Los Angeles dalam katalog profil sejarahnya berkata, robot itu dipasang daripada bahagian yang digunakan dalam tiga filem Star Wars.

R2-D2 digunakan untuk filem itu di antara 1977 dan 1983 dan dua filem di antara 1999 dan 2005.

Watak setinggi 109 sentimeter itu sebahagian besarnya dilakonkan aktor Inggeris, Kenny Baker yang juga seorang pelawak.

Difahamkan, robot yang dijual itu mempunyai alat mekanikal dalaman dan bahagian luarnya diperbuat daripada aluminium, besi dan gentian kaca.

Pembeli yang enggan dikenali itu membayar AS$2.76 juta (RM11.85 juta) untuk robot itu, menjadikan ia lelongan termahal dalam sesi tiga hari membabitkan peralatan lakonan Hollywood termasuk banyak alat lakonan lain daripada syarikat Lucasfilm, dengan lelongan keseluruhan berjumlah AS$14 juta (RM60.11 juta).

Pedang cahaya Skywalker daripada dua filem pertama, 'A New Hope' dan 'The Empire Strikes Back' berjaya dilelong pada harga AS$450,000 (RM1.93 juta), sementara topeng Darth Vader daripada filem asal dijual pada harga AS$96,000 (RM412,000). - AFP

Tags / Kata Kunci: R2-D2 , Star Wars

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan