Pemuda ‘Terperangkap’ Dalam Budak 13 Tahun

Diterbitkan: Khamis, 29 Jun 2017 5:33 PM

(Ubah saiz teks)

TOMISLAV Jurčec, menghidap masalah kelenjar pituitari yang mengawal tumbesaran sekali gus menyebabkan dia terperangkap di dalam badan remaja 13 tahun.

Tomislav yang berasal dari Zagreb, Croatia berkata, dia lebih suka melihat keadaannya itu dari aspek positif  walaupun ada beberapa kekurangan yang tidak dapat dihindari seperti masalah ketika ingin membeli rokok dan alkohol.

Penampilannya yang muda telah membantunya meraih peluang berlakon sebagai pengganti Peter Dinklage di dalam rancangan Game of Thrones, dan sebagai ‘Budak Mayat Hidup’ yang namanya tidak dikreditkan.

Katanya lagi, dia dapat menikmati hidup tanpa perlu risau memikirkan hal perkahwinan.

Rakan baiknya, Zvonimir berkata, pertama kali mereka berjumpa 10 tahun lalu dan dia tidak percaya pada waktu itu Tomislav berusia 13 tahun.

Ketika itu, katanya, rakannya itu kelihatan sangat muda, tetapi, setelah lama berkawan, Zvonimir sudah membiasakan diri dengan penampilan dan suara kanak-kanak rakannya itu.

Sesiapa yang tidak mengetahui keadaannya, akan berasa aneh apabila melihat Tomislav menghisap rokok atau meminum bir di bar.

“Setiap kali kami minum arak, orang akan memandang pelayan dengan pandangan ‘Bagaimana awak sanggup memberi alkohol pada budak bawah umur?’” kata Zvonimir.

Begitu juga ketika membeli rokok, tetapi Tomislav menganggap pengalaman itu mencuit hati.

“Saya rasa sangat kelakar dengan reaksi terkejut penjual apabila saya memberi ID saya pada mereka dan mereka berkata ‘Ini rokoknya, terima kasih dan selamat tinggal!’” - Oddity Central

Tags / Kata Kunci: Tomislav , Zagreb

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan