Ugut: Rakan Trump Disiasat

Diterbitkan: Khamis, 29 Jun 2017 10:54 AM

(Ubah saiz teks)

JAKARTA: Seorang jutawan dan ahli politik Indonesia, Hary Tanoesoedibjo dikenakan sekatan perjalanan oleh pihak berkuasa selepas disiasat kerana menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) berbaur ugutan kepada seorang pendakwa raya.

Hary juga rakan perniagaan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dan syarikatnya membina sebuah hotel milik pemimpin itu di Indonesia.

Malahan dia juga memuji kemenangan Trump dalam pilihan raya presiden AS dan menghadiri majlis angkat sumpah pemimpin itu di Washington pada Januari lalu.

Jurucakap imigresen, Agung Sampurno berkata, Hary dihalang ke luar negara selama 20 hari bagi membantu siasatan jenayah polis Indonesia.

“Jutawan ini disiasat kerana melanggar undang-undang elektronik dan maklumat,” katanya.

Pemilik MNC Group yang menguasai perniagaan hartanah dan media itu dinamakan suspek kerana menghantar ugutan kepada pendakwa raya yang menyiasat sebuah syarikat telekomunikasi yang pernah dimiliki firma berkenaan.

Peguam Hary sebelum ini menafikan tuduhan berkenaan dan mendakwa mesej yang dihantar itu bersifat umum.

Hary pernah bertanding sebagai naib presiden pada 2014 dan menubuhkan partinya sendiri pada 2015.

Ahli perniagaan itu juga merancang untuk bertanding sebagai presiden dalam pilihan raya pada 2019.

Tags / Kata Kunci: Trump , Hary , SMS

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan