Hapilon Tiada Lagi Upaya Bertempur - Tentera Filipina

Diterbitkan: Rabu, 28 Jun 2017 5:19 PM

(Ubah saiz teks)

MANILA: Pihak tentera Filipina memberitahu, ketua Abu Sayyaf Isnilon Hapilo mungkin sudah meninggalkan Bandar Marawi.

Jelas Bridger Jenaral Restituto Padilla, Hapilo mungkin  juga tidak boleh lagi melakukan serangan ke atas kerajaan dan juga orang awam.

"Kami fikir dia tidak boleh lagi membawa kapasiti untuk menimbulkan sebarang masalah (Ang kapasidad niya na mag-lunsad ng anumang klaseng pang-gugulo, hindi po kami naniniwala na kaya pa niya).

"Telah berlaku sesuatu yang besar sejak minggu lalu. Dan apa yang berlaku di Marawi tidak akan berterusan. (Malaki na po ang nangyari noong mga tumagal na mga nakaraang linggo na ito. At ang kapasidad na magsagawa ng kaguluhan, sa scale na nakita sa Marawi, hindi na nila kakayanin iyan)," jelasnya.

Pihak tentera mengulangi laporan Hapilon yang melarikan diri dan menganggapnya sebagai penakut.

"Sekali lagi saya memberitahu bahawa meninggalkan kawasan adalah untuk orang yang penakut. Kerana dalam pertemburan, perkara paling teruk dan menyedihkan adalah apabila anda meninggalkan tempat bertempur dan orang itu dianggap sebagai ketua," tambahnya.

"Adalah benar dia tidak ada lagi di kawasan tersebut, dan terbukti dia seorang yang pengecut".

Padilla turut menegaskan bahawa kerajaan akan terus memburu Hapilon sama ada hidup atau mati.

"Ia sangat penting untuk menangkapnya sama ada masih hidup mahu pun telah mati kerana dia sudah lama menjadi orang yang dikehendaki".

Presiden Rodrigo Duterte telah menawarkan tawaran sebanyak P10 juta bagi menangkap Hapilon.

Malah Amerika Syarikat juga turut menawarkan ganjaran AS5 juta bagi menangkap Hapilon yang dikaitkan dengan penculikan warganya di Filipina pada tahun 2001. -The Philippine Inquirer/Asia News Network

Tags / Kata Kunci: Isnilon Hapilon

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan