Dua Bilion Pengguna Aktif Facebook - Berita Dunia | mStar

Dua Bilion Pengguna Aktif Facebook

Diterbitkan: Rabu, 28 Jun 2017 7:42 AM

(Ubah saiz teks)

FACEBOOK kini mempunyai dua bilion pengguna aktif setiap bulan.

Ia bermakna jumlah tersebut menyamai kira-kira 28 peratus populasi dunia yang aktif menggunakan laman sosial itu.

Berita gembira itu dikongsikan Ketua Pegawai Eksekutif Facebook, Mark Zuckerberg bersama 92 juta pengikutnya.

Beliau berkata, syarikat tersebut akan terus menunjukkan perkembangan dalam menghubungkan dunia.

Pengumuman Zuckerberg itu dibuat selepas 13 tahun kemunculan Facebook di laman web, dan kurang lima tahun selepas mendedahkan ia mencecah satu bilion pengguna aktif. - Mail Online

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan