Obama, Keluarga 'Pusing' Bali

Diterbitkan: Selasa, 27 Jun 2017 4:30 PM

(Ubah saiz teks)

SEJAK tiba di pulau peranginan Bali, Jumaat lalu, jadual percutian Barack Obama serta keluarganya padat dengan melawat ke pelbagai destinasi menarik termasuk Muzium Seni Agung Rai, kawasan penanaman padi bukit Jatiluwih dan aktiviti air di Sungai Ayung.

Kedatangan Obama serta isterinya, Michelle dan dua anak perempuannya ke muzium itu disambut dengan persembahan tarian Pendet dan Tumbuk Padi.

Laporan tempo.co menyebut, bekas Presiden Amerika Syarikat itu juga menyatakan minatnya kepada lukisan yang dihasilkan I Gusti Nyoman Lempad pada 1930.

Keluarga itu terpesona dengan pemandangan indah ketika meninjau padi bukit di Tabanan yang terletak kira-kira 54 kilometer dari Denpasar.

Mereka sekeluarga berjalan kira-kira 500 meter di sekeliling sawah padi dan melawat Pura Subak untuk menemui petani tempatan.

Pada Isnin pula, Obama dan keluarganya ke Sungai Ayung, Bongkasa di Badung yang terletak berhampiran hotel penginapan mereka, Four Seasons Resort Ubud.

Kompas.com pula melaporkan rombongan Obama meluangkan dua jam menaiki bot menyelusuri sungai berkenaan.

Lawatan kenamaan itu bakal berakhir 28 Jun ini selepas mengunjungi Yogyakarda dan Jakara.

Sementara itu, Gabenor Bali, Made Mangku Pastika mengakui pihaknya bersiap sedia untuk menerima kunjungan bekas Presidan Amerika Syarikat, Barack Obama serta keluarganya ke pulau peranginan itu.

Percutian keluarga Obama itu dijadualkan selama enam hari sehingga 28 Jun ini.

"Kami sedia menyediakan keperluan tetapu kehormat di Bali, selamat datang Tuan Presiden. Jika perlukan sesuatu yang istimewa, sila hubungi saya.

"Indonesia adalah sebuah negara yang selamat dan mengalu-alukan kedatangan Obama yang disifatkan sesuatu yang besar untuk industri pelancongan negara ini," kata Pastika.– The Jakarta Post/Asia News Network


Tags / Kata Kunci: Obama , Bali

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan