Sindiket Bantu Banduan Lolos - Berita Dunia | mStar

Sindiket Bantu Banduan Lolos

Diterbitkan: Selasa, 27 Jun 2017 10:28 AM

(Ubah saiz teks)

BALI: Empat banduan melarikan menerusi lubang yang digali di bawah tembok penjara yang bersambung dengan terowong berlumpur di luar penjara di bandar peranginan ini.

Lubang yang digali itu seluas 50 sentimeter kali 75 sentimeter.

Siasatan polis Indonesia percaya semua banduan terbabit meloloskan diri hasil bantuan sindiket jenayah antarabangsa.

Keempat-empat banduan berkenaan adalah rakyat Australia, Shaun Davidson; warga Bulgaria, Dimitar Nikolov Iliev; rakyat India, Sayed Mohammed Said dan warga Malaysia, Tee King Kok.

Dua daripada mereka, Iliev dan Sayed Mohammed Said ditahan di sebuah resort mewah di Novo Turismo di Dili, Timor Leste, kira-kira 2,000 kilometer dari sini.

Setakat ini, Davidson dan King Kong masih bebas.

Sementara itu, Ketua Polis Bali, Petrus Golose berkata, siasatan masih diteruskan mengenai siapa yang membantu kumpulan itu melarikan diri.

“Kami ingin tahu sama ada wujud sindiket membawa mereka keluar dari Bali,” katanya.

Petrus bagaimanapun yakin Davidson tidak mungkin berada di Eropah seperti yang didakwanya dalam laman Facebooknya.- DailyMail

Tags / Kata Kunci: Bali , Tee King Kok
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan