Polis 'Robocop' Kuasai Dubai

Diterbitkan: Isnin, 26 Jun 2017 2:51 PM

Dubai memperkenalkan pegawai polis robot untuk mengawal kadar jenayah di Dubai. -Getty Images/Giuseppe Cacace

(Ubah saiz teks)

SEPERTI yang dijangka, dunia futuristik akan turut dihuni oleh 'Robocop' dan selepas 30 tahun kemudian, ia semakin menjadi realiti.

Dubai baru sahaja mendedahkan edisi terkini kepada pasukan polisnya yang terdiri daripada pegawai polis robot.

Walaupun sukar dipercayai, polis robot membuat rondaan di jalan-jalan utama di Dubai.

Lebih tepat lagi, polis robot yang memiliki roda itu boleh dilihat di kebanyakan pusat beli belah dan kawasan tumpuan pelancong.

Robot-robot itu direka untuk menjaga keamanan dan merekodkan jenayah-jenayah kecil.

Polis robot itu mempunyai bentuk tubuh seperti manusia dan sepasang mata tanpa mulut atau hidung. Ia turut memiliki berat 99 kilogram dan ketinggian 162 sentimeter.

Dubai dalam satu kenyataan berkata, 25 peratus daripada pegawai polisnya akan terdiri daripada robot.

Walaupun robot-robot itu tidak boleh menangkap penjahat, namun mereka boleh mengenal pasti wajah dan membandingkan penjenayah pada pangkalan data jenayah.

Kamera pada bahagian kepala polis robot tersebut boleh membuat rakaman video secara langsung dan menghantarnya ke pusat gerakan polis.

Menurut Huffington Post, robot berkenaan boleh mengubah kaedah kepolisan dan menurunkan kadar jenayah di Dubai.

"Selamat datang ke masa depan, semua," lapornya.

Tags / Kata Kunci: robocop , Dubai

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Kolumnis

iklan

Iklan