Pertempuran Di Marawi Kembali Tercetus - Berita Dunia | mStar

Pertempuran Di Marawi Kembali Tercetus

Diterbitkan: Isnin, 26 Jun 2017 9:01 AM

(Ubah saiz teks)

MARAWI CITY: Pertempuran antara tentera kerajaan Filipina dan kumpulan militan IS kembali tercetus di Marawi City pada Ahad sebaik sahaja gencatan senjata selama lapan jam yang dikuatkuasakan bagi membolehkan penduduk di wilayah itu meraikan sambutan Aidilfitri berakhir.

Petugas sukarelawan dan anggota Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) memanfaatkan tempoh bermula pukul 6 pagi hingga 2 petang itu untuk menyelamatkan penduduk yang terperangkap di zon pertempuran berkenaan.

Walaupun gencatan senjata dikuatkuasa, masih ada segelintir pengganas yang melepaskan tembakan ke arah kubu tentera kerajaan tetapi tiada pertempuran besar dilaporkan.

Penolong Setiausaha bagi Proses Keamanan, Dickson Hermoso berkata pasukan sukarelawan mempertaruhkan nyawa mereka untuk menyelamatkan orang awam yang terperangkap.

Mereka berjaya menyelamatkan lima mangsa termasuk seorang bayi perempuan.

Hermoso berkata mangsa keenam yang juga warga emas, Hassan Ali bagaimanapun meninggal dunia sebelum diselamatkan kerana diserang angin ahmar sejak enam minggu lalu.

Tags / Kata Kunci: Marawi City
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan