Pesawat Bergegar Seperti Mesin Basuh

Diterbitkan: Isnin, 26 Jun 2017 7:00 AM

Paparan skrin yang dirakam oleh penumpang pesawat D7237. - Supplied

(Ubah saiz teks)

SEORANG juruterbang menukar penerbangan pesawat AirAsia yang membawa seramai 359 penumpang dalam perjalanan ke Malaysia disebabkan oleh masalah teknikal.

Pesawat D7237 berlepas sebelum pukul 7 pagi Ahad dari Lapangan Terbang Perth menuju ke Kuala Lumpur, tetapi terpaksa mendarat semula pada pukul 10 pagi di Perth.

Seorang penumpang, Brenton Atkinson memberitahu ABC News, pesawat itu bergegar dengan teruk sebelum berpatah balik kira-kira sejam setengah selepas berlepas.

"Saya rasa ada masalah enjin, itu yang dimaklumkan kepada kami," kata penumpang yang berusia 24 tahun itu.

Katanya, terdapat letupan kecil berlaku sebelum pesawat yang dinaiki mereka berpatah balik.

"Pesawat mula bergegar dengan teruk. Rasa seperti duduk di atas mesin basuh," katanya.

Selepas mendarat dan semua penumpang selamat meninggalkan pesawat terbabit, Brenton menyedari bahawa satu daripada bilah kipas pesawat terkeluar daripada turbin.

Sementara itu, guru dari Perth, Damos Stevens dan Mitch Jamieson merakam keadaan mereka yang tengah duduk dalam keadaan bergegar di dalam pesawat tersebut.

Damos berkata di dalam video berkenaan: "Kita akan minum 60 juta bir selepas kita balik." - Mail Online


iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan