Gelang Puteri Diana Jadi Cincin Tunang - Berita Dunia | mStar

Gelang Puteri Diana Jadi Cincin Tunang

Diterbitkan: Ahad, 25 Jun 2017 2:51 PM

Hubungan Harry dan Meghan bukan satu rahsia lagi.

(Ubah saiz teks)

PUTERA Harry merancang untuk mereka cincin pertunangan untuk kekasihnya, Meghan Markle yang diperbuat daripada gelang milik mendiang ibunya, Puteri Diana.

Kerabat Diraja England berusia 32 tahun itu dilaporkan meminta tukang emas diraja Harry Collins untuk menghasilkan cincin tersebut.

Harry menjalin hubungan cinta dengan pelakon Amerika Syarikat (AS) berusia 35 itu sejak setahun lalu.

Khabar angin bertiup kencang bahawa Harry berhasrat mahu mengikat tali pertunangan dengan kekasihnya itu.

The Daily Star Sunday turut melaporkan Harry merancang untuk merisik Megan dengan cincin zamrud bersalut platinum bernilai 100,000 pound sterling.

Harry dilaporkan mahu mengahwini Meghan dalam masa terdekat bagi memastikan datuknya, Putera Philip, 96, hadir memeriahkan hari bahagianya itu.

Duke of Edinburgh itu sering tidak sihat sejak akhir-akhir ini.

Malah, Harry dikatakan mahu melanggar tradisi tempoh pertunangan selama dua tahun di kalangan keluarga kerabat Diraja tersebut.

Lebih mengejutkan Harry didakwa tidak mahu lagi menjadi keluarga diraja bagaimanapun menangguhkan niatnya itu kerana neneknya, Ratu Elizabeth.

"Ada masanya saya rasa mahu keluar. Tapi kemudian saya putuskan untuk kekal dan melaksanakan peranan saya sendiri," kata Harry.

Tags / Kata Kunci: Putera Harry , cincin tunang
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan